KERTAS 2
Sebahagian
besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada
dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi
kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.
Ramai
calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian
masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam
soalan ke bentuk ayat matematik.
Contoh:
50
biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji
lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek yang Izzaty dapat?
Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:
50 ÷ 2 - 10 =
Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15
-------
2 ) 50
- 4
----
10
- 10
---
Jawapan yang diberikan adalah SALAH.
Langkah yang betul adalah seperti berikut:
( 50 - 10 ) ÷ 2 =
50 - 10 = 40 40
---- = 20
2
Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20
Jawapan: 20
Bagi
soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep
pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum
memperoleh jawapan.
Sebagai contoh:
Convert 109% to a mixed number.
Calon kerap memilih 109% adalah
109 9
----- = 1 --- (jawapan adalah salah)
100 10
Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:
9
109% = 1 -----
100
Sejumlah
20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk
subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan
jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5
soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).
Kesilapan
sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan
langkah pengiraan yang jelas. Perhatikan jawapan calon berdasarkan
contoh soalan berikut:
State the digit value of 6 in the number 0.67 million.
Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.
Jawapan calon:
60 atau Enam puluh / Sixty or 60
Jawapan
diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan
mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal)
melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:
0.67 million = 0 670 000
600 000
Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction)
6
---- million
10
Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.
Soalan
dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan
ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini
memudahkan calon memahami kehendak soalan.
Bagi
soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual.
Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam
pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan
seterusnya menjadi salah.
Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.
Kesilapan
kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat
terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan,
sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.
0 comments:
Post a Comment