Aku berasal dari ‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang
besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah
asli, kaca dan plastik.
Apabila badanku telah siap
dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan
di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang
memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian aku dan
kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok
apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua
orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia
ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami
sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah
berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang
membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa
sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat
mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment