Perpustakaan Negara
Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.
Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila kita membaca di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih
berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada
membuang masa secara sia-sia atau dapat menghindarkan diri daripada
terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan
sebagainya.
Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di
perpustakaan terdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah mesti
senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan
perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika
ingkar, mungkin kita akan didenda.
Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita.
Apabila kita membaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa
perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan
dengan lebih baik.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu,
tanamkan sikap suka mengunjungi ke perpustakaan supaya
kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi.
2 comments:
WAH!!! Baiknya!!
salah ejaab
Post a Comment