Showing posts with label CERITA PENDEK. Show all posts
Showing posts with label CERITA PENDEK. Show all posts

CERITA SAINS - Eksperimen Katak.



“Esok semua orang mesti datang ke makmal bersama seekor katak setiap seorang.” Pesan Cikgu Aliya Qistina, sebelum meninggalkan kelas pada hari itu.


          Sudah hampir lima tahun Cikgu Aliya Qistina mengajar mata pelajaran biologi. Dia gemar memakai kasut bertumit tinggi. Bunyi kasutnya itu adalah  isyarat dia sudah hampir tiba ke kelas. Ini memudahkan para pelajarnya kembali ke tempat duduk masing-masing sebelum dia tiba di kelas. 


          “Malam ini kita aka nada tugasan manarik,” kata Afiq kepada Nurul.

          “Menarik?” kata Nurul sambil membeliakkan matanya kepada Afiq.

          “Tidak geli katak?” Afiq sengaja menduga Nurul.

          “Tidak, saya  sayang katak. Buat pengetahuan saudara,katak adalah binatang peliharaan saya di rumah,” terang Nurul lagi dan terus meninggalkan Afiq terpinga-pinga seorang diri.

          “Betulkah? Buktikan pada saya malam ini,” Afiq menjerit ke arah Nurul yang sudah jauh meninggalkannya.

          “Habislah saya,” kata Nurul kepada Atiqah yang bersama dengannya waktu itu.

          “Mengapa kata begitu kepada Afiq tadi?” tanya Atiqah.

          “Geram dengannya,” jawab Nurul.

         “Jangan risau, saya tolong saudari malam ini.”


          Tepat jam lapan malam keluarlah mereka beramai-ramai menjalankan operasi mencari katak bagi dijadikan bahan eksperimen kelas biologi pada keesokkan paginya.

          “Sudah dapat katak?” soal Afiq kepada Nurul sambail menayangkan katak yang sudah berjaya ditangkapnya.

          “Jangan sibuklah!” marah Nurul

          “Jangan sombong, nanti ada orang duduk luar makmal esok kerana tidak membawa katak,” perli Afiq.   

          “Ke tepi!” marah Nurul lagi sambil membaling rumput ke muka Afiq.

           Afiq terus mengejar Nurul sambil menakut-nakutkannya dengan katak yang berada di dalam beg plastiknya.

          “Janganlah!” jerit Nurul.

          “Kata binatang peliharaan, mengapa perlu takut?” perli Afiq memulangkan paku buah keras kepada Nurul.

          “Ambil ini, saya tahu saudari takut,” kata Afiq sambil menghulurkan katak itu kepada Nurul.

          “Saya boleh tangkap sendiri, tidak payah sibuk,” kata Nurul tidak mahu mengalah.

          “Jangan jual mahal kerana sekarang sudah lewat malam,” Atiqah cuba memujuk Nurul. Akhirnya Nurul akur memandangkan dia seorang sahaja pelajar perempuan yang tidak dapat menangkap katak lagi.

          “Sewaktu eksperimen esok, ingat-ingatlah pada saya,” Afiq memberi peringatan.

          “Buang masa,” jawab Nurul sambil mencebikkan bibir ke arah Afiq.

          “Saya ambil balik katak, baru tahu,” ugut Afiq.

          “Buruk siku,”  ejek Nurul.

          Begitulah keadaan mereka setiap hari bagaikan anjing dengan kucing yang pantang bertemu ada sahaja perkara yang dapat digaduhkan.

          “Jangan selalu bergaduh, nanti lain jadinya,” nasihat Atiqah kepada Nurul sewaktu mereka sedang berjalan ke asrama.

          “Mustahil,” jawab Nurul sambil memuncungkan mulut.

          “Baik, kita tunggu dan lihat sahaja nanti,” usik Atiqah lagi.

*****

Pada keesokkan harinya setiap tingkap tergantung beberapa beg plastik berisi katak. Pelbagai saiz dapat dilihat. Cikgu Qistina tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya apabila melihat semua pelajar beratur ke makmal dengan membimbit beg plastik berisi katak.


           “Letak semua katak di atas meja,” arah Cikgu Qistina.

           “Mengapa katak saudari kecil?” Cigu Qistina sengaja mengusik Nurul yang sedang asyik membelek-belek beg plastiknya yang berisi katak itu.

           “Dia tak beri kataknya makan,” sampuk Afiq sambil mengenyitkan mata kea rah Nurul.

          “Dia pun apa kurangnya, katak dia juga seperti tidak cukup nutrient sahaja,” Cikgu Qistina sengaja mengenakan Afiq pula.

          Nurul ketawa terkekeh-kekeh apabila Afiq pula yang terkena.

          “Katak saya berpuasa sejak malam tadi. Oleh itu, saya tidak memberinya  minum ataupun makan apa-apa,” jawab Afiq pantas.

          “Ada-ada sahaja,” balas Cikgu Qistina sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


          Mereka semua melakukan eksperimen dengan sebaiknya walaupun ada antara mereka takut dan geli dengan katak. Namun, tiada seorang pelajar yang berani menjerit kerana sudah diberi amaran oleh Cikgu Qistina jika ada seorang yang menjerit, eksperimen pada hari itu dibatalkan begitu sahaja dan ini bermakna mereka perlu menangkap katak yang baru.

CERITA SAINS - Kerana Lipas

“Mengapa awak  tidak membawa lipas bagi kelas sains pagi ini?” soal Cikgu Irfan kepada kelas tingkatan Satu C.

          Cikgu Irfan adalah guru sains panduan sesi petang. Dia sentiasa digeruni oleh warga kelas tingkatan Satu C kerana renungannya yang tajam dan tegas mengenai soal disiplin pelajar.
           “Bukan saya sudah maklumkan  seminggu yang lalu supaya murid-murid membawa dua ekor lipas bagi kelas anatomi serangga?” soal Cikgu Irfan lagi. Suaranya penuh dengan nada kecewa. Terasa juga hendak marah dengan sikap pelajar kelas itu kerana tiada seorang pun membawa lipas hari itu.

          “Kelas anatomi serangga amat penting bagi membezakan antara bahagian toraks, abdomen dan ekor,” kata Cikgu Irfan.
          “Mempelajari  sains dengan cara terbaik tidak memadai dengan kelas teori sahaja tetapi perlu difahami  dengan menjalani amali dalam makmal,” ujar Cikgu Irfan sambil menggenggam rotan di tangannya.

          Pelajar tingkatan Satu C diam, tiada yang berani mengangkat muka. Mereka tahu mereka pasti mendapat denda kerana tidak membawa lipas.
          “Semua sila beratur di luar bilik darjah ini,” Cikgu Irfan mengarah semua pelajar tingkatan Satu C membuat barisan di ruang kaki lima kelas. Cikgu Irfan memulakan soal siasatnya seorang demi seorang.

          “Halim, mengapa tidak membawa lipas seperti disuruh?”
          Halim yang duduk di barisan hadapan sekali menjadi pesalah pertama yang disiasat.
         “Saya lupa,” Halim memberi alasan.
          “Itu bukan alasannya, orang muda mana boleh lupa, saudara belum nyanyuk lagi. Lain kali catat arahan saya dalam buku catatan, tanam dalam minda, lekatkan di hati,” bebel Cikgu Irfan panjang lebar sambil menghayun rotan ke tapak tangan Halim.

          Ajis yang ketakutan sudah sedia dengan alas an, menunggu sahaja bagi disoal siasat. “Saya hendak menangkap lipas dalam laci belajar saya tetapi lipas lari terlalu pantas,” jelas Ajis.
          Cikgu Irfan terus melibas dua pukulan di tapak tangan Ajis. Ajis bukannya tidak mahu menangkap lipas di dalam laci belajar itu tetapi takut dan geli.

          Murid-murid yang lain juga dikenakan dua pukulan di tapak tangan tanpa mendengar alas an daripada setiap murid-murid di barisan seterusnya. Baginya ada alas an ataupun tiada, semua menerima hukuman. Tiada yang terkecuali.

          Ajis tidak pernah lupa kisah kehidupannya semasa menjadi pelajar menengah rendah. Kini Ajis cukup meminati subjek sains dan menjadi guru fiizik di sebuah sekolah di Sabah.

Pinocchio

 Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto.Dia amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah Pinocchio.”Alangkah baiknya kalau aku mempunyai anak”kata Geppetto sambil melihat Pinocchio.

Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkata”Esok Pinocchio akan dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.”

Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio. “Sekarang kamu bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,”kata Geppetto kepada Pinocchio.Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk menyaksikan pertunjukan patung.”Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?”tanya ketua pertunjukan yang jahat .Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju.

Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam
sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil itu.Pinocchio berasa sangat gembira.”Saya akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,”kata Pinocchio.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria.”Kamu hendak pergi ke mana?”tanya pari-pari kepada Pinocchio.”Saya hendah ke sekolah,”Pinocchio berbohong.Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-pari yang telah menyelamatkannya.

Pari-pari itu kasihan melihat Pinocchio .Dia meminta seekor burung untuk mematuk hidung Pinocchio supaya menjadi pendek.Pinocchio berjanji kepada pari-pari bahawa dia tidak akan berbohong lagi.Dia terus pergi ke sekolah.Di sekolah,Pinocchio mengajak kawannya ke Pulau Ria,Dia juga memberitahu tentang keadaan di sana seperti yang diberitahu oleh musang.Kawan Pinocchio bersetuju untuk ke pulau itu.Pinocchio dan kawannya segera ke kapal dan belayar ke Pulau Ria.Setelah tiba di pulau itu Pinocchio dan kawannya telah bertukar bentuk menjadi seekor keldai dan disuruh membuat kerja berat.

Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal .Pinocchio segera meninggalkan pulau itu.Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu dengan Geppetto.Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh sampan.Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan,seekor ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya.Pinocchio berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan Geppetto.Apabila Pinocchio hampir dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan luas.Pinocchio terus berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.

Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada Pinocchio.Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ.Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke persisiran pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia.Dia sangat gembira kerana impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai.

Perubahan Yang Membawa Kejayaan



“Makcik Leha mana kasut Siti?”tanya Siti Zuriah kepada pembantu rumahnya.” “Saya tidak tahu cik”balas pembatu rumah Siti dengan lembut. Leha nama panjangnya Zaleha pembantu rumah Puan Asyikin dan Encik Amran iaitu ibu dan ayah kepada Siti Zuriah. Makcik Leha berasal dari Indonesia telah berkerja dengan Puan Asyikin dan Encik Amran selama 9 tahun. Siti Zuriah pula berumur 11 tahun. Di sekolah, dia ditempatkan di kelas yang terakhir kerana dia seorang yang pemalas. Tiba-tiba Puan Asyikin keluar dari dapur dan berjalan menuju ke arah Siti sambil berkata “semalamkan Siti letak kasut Siti di pintu dapur kemudian bergegas pergi minum air sebab terlalu haus.” Siti Zuriah teringat akan kejadian semalam dia terlupa membawa air ke sekolah dan pada waktu balik dia segera ke dapur mengikut pintu belakang untuk mendapatkan air daripada ibunya. Dia pun secepat kilat berlari menuju ke dapur untuk mendapatkan kasut sekolahnya kerana takut didenda kerana terlambat ke sekolah. Setelah siap, Pak Mat menghantar Siti kesekolah dengan menaiki kereta mewah yang cantik warnanya maklumlah Siti anak orang kaya.

Setibanya di sekolah Siti berjumpa kawan rapatnya Nur Hanis untuk meniru kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. Hanis seorang budak yang nakal sama seperti Siti tetapi Hanis lebih pandai dari Siti. Selesai meniru Siti dan Hanis bersama kawan-kawan mereka yang lain bermain di dalam kelas. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran akan bermula. Mereka tidak menghiraukan bunyi lonceng tersebut. Tidak terdetik langsung dihati mereka untuk segera beratur. Cikgu Mariam selaku guru besar disekolah itu nampak kelakuan mereka dia segera menuju kearah mereka. Cikgu Mariam memanggil kesemua mereka dan dia merotan telapak tangan mereka sebanyak tiga kali. Murid-murid di sekolah itu kebanyakannya takut dengan Cikgu Mariam kerana Cikgu Mariam terkenal seorang yang garang termasuklah Siti Zuriah.

Matapelajaran matamatik akan dimulakan ia adalah matapelajaran yang paling dibenci oleh sesetengah murid kelas 5 Angerik iaitu kelas yang diduduki oleh Siti Zuriah. Hari ini Cikgu Maimunah guru matapelajaran matamatik tidak hadir ke sekolah kerana sakit dan akan diganti oleh Encik Mahmud yang dikenali sebagai guru yang garang dan tegas. Siti Zuriah paling gerun apabila belajar dengan Encik Mahmud. Hari ini juga akan diadakan ujian bulanan bagi bulan Januari. Siti Zuriah langsung tidak mengendahkan ujian itu dia merasakan ujian itu tidak penting buat dirinya. Pada ujian bulanan sebelum ini, Siti memang gemar menggangu rakannya tetapi pada hari ini dia tidak mengganggu rakannya kerana Encik Mahmud selalu memerhatikannya. Waktu ujian bagi matapelajaran matamatik hampir tamat tetapi Siti masih belum menyelesaikan kertas ujian itu dia cuma menconteng kertas ujian itu dan melukis gambar kartun. Setelah ujian tamat Encik Mahmud pun mengutip kertas ujian dari murid-murid kelas itu. Setelah habis mengutip kertas ujian, dia pun keluar dari kelas, sebelum itu ketua kelas telah mengucapkan terima kasih dan diikuti seramai 34 orang murid.

Matapelajaran seterusnya akan bermula. Ayuni adalah seorang murid yang pendiam di dalam kelas itu, dia selalu diganggu oleh beberapa orang murid termasuk Siti. Setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, Ayuni akan ke kantin bersama teman baiknya iaitu Tasya dan Masliyana yang juga baik tingkah lakunya. Mereka dimasukkan ke kelas itu kerana gagal dalam matapelajaran Sain dan Bahasa Ingeris pada tahun lepas. Masliyana dan Tasya juga sering diganggu oleh Siti dan kawannya.

Pada waktu balik, Siti akan dijemput oleh Pak Mat. Setelah sampai di hadapan pintu, Makcik Leha terus mengangkat beg sekolah Siti. Pada waktu itu ibu dan ayah Siti belum pulang pada setiap hari, ibunya akan pulang pada pukul 5.30 petang dan bapanya pula pada pukul 9.00 malam. Ibu dan ayah Siti selalu memanjakannya kerana Siti adalah anak tunggalnya. Setelah pulang dari sekolah, dia terus mengganti baju dan menonton televisyen. Itulah tabiat buruk Siti, dia tidak pernah mengulang kaji pelajaran. Dia juga langsung tidak memikirkan peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Dia juga selalu bermain tanpa menghiraukan masa yang ditetapkan oleh ibunya untuk belajar.

 Puan Asyikin selalu juga menasihatkan Siti agar rajin belajar supaya dia akan menjadi lebih cerdik. Tetapi nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi, Siti langsung tidak menghiraukan nasihat itu malah makin bertambah malas perangainya. Puan Asyikin dan Encik Amran juga sudah pening dibuatnya.Setelah satu minggu berlalu, Cikgu Maimunah akan memberikan kertas ujian Matamatik yang diadakan pada minggu lepas pada hari ini. Dengan markah tertinggi iaitu 80 diperolehi oleh Ayuni, 77 seri oleh Masliyana dan Tasya dan seterusnya hinggalah yang terakhir 0 diperolehi oleh Siti. Cikgu Maimunah dengan suara yang lembut menasihati Siti, “ Siti saya sudah lama memerhatikan kamu, kamu bagaikan tidak mahu belajar dalam semua matapelajaran. Bukan cikgu tidak tahu, ramai guru yang memberitahu cikgu perangai kamu. Cikgu bukan nak marahkan kamu, cuma nak beri nasihat sedikit yang kamu harus belajar bersungguh-sungguh kerana lagi 1 tahun sahaja kamu akan menghadapi UPSR. Ibubapa kamu bersusah payah membayar yuran sekolah kamu.”

Setelah pulang kerumah, Siti memikirkan apa yang dicakapkan oleh Cikgu Maimunah tadi. Dia merasa menyesal kerana selalu bermain dan tidak menghiraukan pelajarannya. Dia mula menyemak buku teks Matematik dan Bahasa Malaysia. Sejak hari itu Siti tidak lagi bermain ketika cikgu sedang mengajar.Dia mula memberi tumpuan didalam kelas. Dia juga tidak lagi berkawan rapat dengan rakannya seperti Nur Hanis. Dia telah berubah hati dan mula berkawan dengan Tasha, Ayuni dan Masliyana. Hari berganti hari, prestasi Siti semakin meningkat. Cikgu Maimunah berasa kagum dengan Siti. Kini sudah setahun dia di kelas 5 Angerik. Dia akan dimasukkan ke dalam kelas 6 Mawar iaitu kelas kedua yang terpandai bersama kawan baiknya kerana markah kertas peperiksaannya memuaskan. Siti juga mula berminat untuk memasuki kelas tusyien. Prestasinya juga semakin meningkat dia mula mendapat A dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu dan B dalam pelajaran Sain dan Bahasa Inggeris.

Belalang



 
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.