Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid
mematuhi peraturan sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara
peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah menepati masa, memakai
lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.
Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar
dengan selesa. Murid-murid ini tidak akan melakukan perkara-perkara
yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas, bergaduh,
menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat
mengelakkan mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu
pelajaran mereka seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai,
ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya.
Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan
cemerlang dalam pelajaran. Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan
kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana
disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Justeru, ini akan mencerahkan masa depan mereka.
Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi
oleh guru-guru serta rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih
sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua darjah, pengawas perpustakaan
dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai pemimpin
di masa hadapan.
Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada
murid-murid. Murid yang berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang
tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri. Oleh itu, amalkan
disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment