
Pada mulanya Tate menyangka benda berwarna pink (merah jambu) yang dilihatnya sekuntum bunga, tetapi bila benda tersebut mula melompat, barulah Tate sedar ianya merupakan seekor belalang.
Sememangnya pasti ia adalah seekor belalang betina berwarna pink! Saintis masih belum dapat mengenalpasti kenapa mutasi ini boleh terjadi. Belalang yang mempunyai warna berlainan dari kebiasaan, termasuk pink sangat jarang ditemui. Walau bagaimanapun, selain belalang, masih ada lagi serangga-serangga lain dijumpai mempunyai warna pink, iaitu:

Ramai manusia tidak menyukai serangga.
Sebenarnya serangga memberi sumbangan besar kepada manusia dan planet
bumi ini. Mentadak contohnya, memakan kutu, nyamuk, lalat, kumbang dan
hama. Sedikit nyamuk dan kutu di kawasan rumah kita bermakna sedikit
semburan racun merbahaya diperlukan. Malah, peladang-peladang organik
menggunakan serangga seperti mentadak sebagai kawalan biologi bagi
menggantikan racun serangga.
0 comments:
Post a Comment