No. 13,
Kampung Nelayan,
Kuantan, Pahang.
30
April 2012
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.
Di
sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di
sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan
rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.
Keadaan ini
membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan
nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah
untuk melihat
nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya
menunggu
nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.
Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya
mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.
Untuk
pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di
sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu
rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu
memberi nasihat dan peransang kepada saya.
Akhir
sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti
kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi
membalas surat saya dan bercuti di sini.
Sahabatmu
Amirull
1 comments:
Ia karangan yg ringkas dan senang untuk memahami
Post a Comment