Showing posts with label TAHUKAH ANDA?. Show all posts
Showing posts with label TAHUKAH ANDA?. Show all posts

Asal Usul Nama Sitiawan


Cerita asal-usul ini diambil dari cerita rakyat negeri Perak yang bertajuk Gajah yang Setia. Bila membaca cerita ini kita akan mendapat pengajaran bahawa binatang pun sayang sesama binatang, jadi apa tah lagi kita manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Sudah semestinya perasaan tersebut ada dan perlu untuk kesejahteraan hidup kita sehari-hari.

Kononnya, ada 2 ekor gajah yg bersahabat baik. Seekor betina dan seekor lagi jantan. Ke mana-mana mereka bersama. Pada suatu hari, gajah jantan jatuh sakit. Apabila gajah betina mendapat tahu gajah jantan sakit, ia berasa sangat sedih.

Ia segera mendapatkan gajah jantan."Wahai gajah betina, pada hari ini saya tidak dapat bersama-sama kamu mencari makanan," kata gajah jantan."Wahai gajah jantan, janganlah kamu berkata demikian. saya akan mencari makanan untuk kamu," kata gajah betina."Kamu sungguh baik hati," kata gajah jantan dengan terharu."Kamu juga baik hati dengan saya. Dahulu semasa kaki saya terpijak duri, kamulah yang mengubatkan kaki saya," kata gajah betina.

Sejak hari itu, gajah betinalah yang mencari makanan untuk gajah jantan. Hari demi hari berlalu, penyakit gajah jantan semakin tenat."Wahai gajah betina, saya rasa saya akan meninggalkan kamu buat selama-lamanya," kata gajah jantan."Janganlah berkata demikian, wahai gajah jantan. Kamu akan sembuh," kata gajah betina.

Selang beberapa hari kemudian, gajah jantan pun mati. Gajah betina sangat sedih. Berhari-hari gajah betina tidak makan dan minum. Ia duduk di sisi gajah jantan yang sudah mati itu. Disebabkan gajah betina tidak makan dan minum, akhirnya ia jatuh sakit. Setelah beberapa hari sakit, maka pada suatu hari, gajah betina pun mati. Ia mati di sisi sahabatnya, gajah jantan.

Begitulah kisah setiakawan dua ekor gajah yang tidak mahu berpisah sehingga akhir hayat. Pada awalnya penduduk tempatan menyebut tempat tersebut sebagai "SETIAKAWAN". Akhirnya sebutan "SETIAKAWAN" menjadi "SITIAWAN"

7 Benda Ajaib Di Dunia

7 benda ajaib didunia, sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini. Tetapi apakah ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut? Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut. Namun bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.

1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid Giza: keajaiban dari bangsa mesir kuno. Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.

3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz

4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa

5) Angkor Watt di Kemboja

6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu

7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.


menara pisa italia taj mahal india tembok cina menara eiffel

5 Jenis Buah Untuk Kulit Lebih Berseri

Artikel kali ini dipetik dari sebuah laman The Times Of India mengenai 5 jenis buah-buahan yang berkhasiat yang mampu memberikan kesan positif pada tahap kesihatan anda. Yang paling menarik untuk kaum wanita, dengan pengambilan buah-buahan ini juga mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri. Antara buah-buahan yang dimaksudkan ialah:

pisang
1. Pisang
Kelebihan pisang adalah mudah diperolehi di negara kita. Namun pasti ada yang masih tidak tahu akan khasiat pisang. Buah pisang mempunyai khasiatnya yang tersendiri di mana ia membunyai sumber zat besi, magnesium dan kalium yang menjadikan tubuh menjadi lebih sihat. Selain itu, buah pisang juga boleh mengurungkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Oleh yang demikian, buah pisang akan menjadi anti penuaan yang membolehkan kulit anda menjadi lebih halus dan berseri.

2. Lemon
Jus Lemon merupakan ramuan penting yang digunakan dalam kebanyakan resipi di India. Namun, Lemon juga boleh diperolehi di kedai yang berhampran di negara kita. Khasiat Lemon adalah ia mengandungi Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi kerana ia boleh membersihkan kulit. Oleh yang demikian kulit akan menjadi lebih segar dan sihat.
limau
3. Oren
Seperti yang kita ketahui, buah oren juga kaya dengan vitamin C kerana kemampuannya untuk memulihkan tekstur kulit manusia. Cara-cara nya adalah dengan menggosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk menyuburkan kulit anda. Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung dimana ia boleh digunakan sebagai penyuci semulajadi. Di samping itu, oren juga memulihkan masalah kulit yang ketara.

4. Betik
Kelebihan buah betik adalah ia kaya dengan anti oksidan dan mengandungi enzim khas di mana ia mampu memunuh sel-sel mati dan menulihkan kekotoran yang ada pada kulit manusia. Caranya adalah membuat segelas susu betik atau menggunakan isi betik yang disapukan pada kulit anda. Kesannya, ia akan membuatkan kulit anda lebih cantik daripada yang sebelumnya.


mangga

5. Mangga
Buah mangga juga memberikan manfaat kepada kesihatan manusia kerana mengandungi pelbagai khasiat. Buah mangga memberikan kesan yang positif kepada kulit manusia di mana buah tersebut kaya dengan vitamin A dan juga mengandungi anti oksida. Oleh yang demikian, buah mangga mampu melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan kulit.

5 Jenis Sayuran Mengurangkan Kolesterol

Tahukah anda? Terdapat beberapa jenis sayuran yang boleh membantu anda mengurangkan kolesterol dan seterusnya menjaga kesihatan. Antara sayur-sayuran tersebut ialah;

cili-padi

1. Cili
Makanan yang mengandungi cili dikatakan mampu membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Kajian menunjukkan, cili mengandungi capsaicin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma. Capsaicin merupakan makanan termogenik di mana ia akan membakar kalori selama 20 minit selepas anda makan makanan yang mempunyai cili.

2. Daun kari
Makanan yang mengandungi daun kari yang dicampurkan dalam diet harian juga mampu bertindak mengurangkan lemak yang berlebihan serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, adalah digalakkan untuk mencampur daun kari lapan hingga ke sepuluh daun kari dalam makanan diet anda pada setiap hari.
kubis
3. Kubis
Kubis mentah atau yang sudah dimasak dipercayai mampu menghalang penukaran gula serta karbohidrat berubah menjadi lemak. Oleh yang demikian, kubis boleh membantu seseorang untuk mengurangkan masalah berat badan.

4. Bawang putih
Bawang putih sememangnya diketahui banyak khasiatnya. Salah satunya ia mampu membakar lemak dalam tubuh dan membantu mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak. Selain itu, bawang putih juga mengandungi bahan aktif allicin yang  mempunyai fungsi anti bakteria.

5. Kunyit
Hasil penyelidikan membuktikan komponen aktif kunyit iaitu Curcumin dapat memantu mematikan gen tertentu yang menyebabkan parut dan pembesaran hati. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolesterol yang tidak baik serta tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan perederan darah dan menghalang daripada pembekuan darah. Seterusnya, kunyit juga mampu mencegah daripada menghidapi serangan sakit jantung.

Tugu Negara

Tugu Negara Malaysia terletak berhampiran jalan ke bangunan Parlimen. Ia merupakan simbol penghargaan demi mengenang jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang gugur dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.

Tahukah anda bahawa reka bentuk tugu negara hampir menyerupai atau lebih tepat adalah kembar kepada USMC War Memorial di Arlington, Virginia, United States? Tugu USMC War Memorial juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Iwo Jima.

USMC War Memorial siap dibina pada 1945 manakala Tugu Negara kita pula siap dibina pada 1966. Ini bermakna Tugu Peringatan Iwo Jima ini dibina dahulu sebelum tugu kita. Jadi, siapakah yang diberikan ilham untuk membuat tugu yang hampir serupa untuk negara kita?

Tidak lain tidak bukan, idea tersebut datang dari ilham Perdana Menteri pertama kita yang juga lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Tunku mendapat ilham ketika lawatannya ke Amerika pada Oktober 1960.

Setelah melihat tugu tersebut, Tunku telah bertemu secara peribadi dengan pengukir tugu USMC War Memorial, Felix de Weldon untuk menyatakan hasratnya untuk membuat tugu yang hampir serupa di negara kita. Di atas kerjasama Felix, beliau kemudiaannya telah dianugerahi dengan gelaran 'Tan Sri'. Justeru tidak hairanlah terdapat persamaan antara Tugu Negara kita dan Tugu Iwo Jima kerana sebenarnya adalah dari pengukir yang sama.

Jika Tugu Negara kita mendapat ilham daripada Tugu Peringatan Iwo Jima, maka dari mana pula Tugu Peringatan Iwo Jima mendapat ilham pembinaannya?

Tugu Peringatan Iwo Jima dibina berinspirasikan sebuah gambar foto askar-askar Amerika yang mendirikan bendera mereka, The Stars and Stripes di Gunung Suribachi, Iwo Jima, Jepun. Tugu ini dibuat sempena foto berjudul 'Raising the Flag on Iwo Jima' yang memenangi Anugerah Pulitzer.
_____________________
Artikel: SEJARAH2U

Tentang Keunikan Manusia.

tahukah anda
Saintis kata semakin tinggi IQ seseorang, semakin kerap ia bermimpi.


tahukah anda
Untuk setiap 1 langkah, kita menggunakan 200 pergerakan otot.





tahukah anda
Asid dalam perut cukup kuat untuk menghancurkan sebilah pisau cukur.


tahukah anda
Badan kita menghasilkan haba yang boleh memanaskan  segelen air dalam jangkamasa 30 minit.


tahukah anda
Terdapat 1 trillion bakteria melekat di kaki kita.


tahukah anda
Anak mata anda akan membesar bila melihat seseorang yang anda cintai. Begitu juga halnya bila melihat seseorang yang anda benci.


tahukah anda
Otak manusia boleh menyimpan 5 kali ganda maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia Britannica.


tahukah anda
Ibu jari tangan kita sama panjang dengan hidung kita. Tak pecaya, cuba check tengok..




Tujuh keajaiban di Malaysia


Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang



MENYENTUH isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina 'ajaib'.
Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.
Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:
1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan


Menara Berkembar Petronas


1.Menara berkembar Petronas (KLCC)

Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.
Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.
Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.



2.Putrajaya

Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar
Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.
Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.
Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.

Menara Kuala Lumpur

3.Menara Kuala Lumpur

Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara
Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.
Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.



4.KLIA

Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.
Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.
Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.
Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.



5.Menara Condong Teluk Intan

Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.
Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.
Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.
Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.

Jambatan Pulau Pinang

6.Jambatan Pulau Pinang

Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.
Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.
Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.

Bangunan Sultan Abdul Samad

7.Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 - 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.
Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.

Antartika -- Fakta menarik yang perlu anda tahu

BENUA Antartika - tiada tempat di dalam dunia ini yang dapat menandingi keunikan dan keindahan kawasan ini yang diliputi lautan salji tanpa mengira musim.
Antartika dikatakan paksi kepada pembentukan sejarah awal benua. Menurut ahli-ahli geologi, di sekitar 360 juta tahun lalu, daratan bumi ini sebenarnya bersatu di sekitar kutub selatan.
Satu daratan yang disebut Pangeas kemudian terpecah dua menjadi Laurasia dan Gondwana. Seterusnya, kedua-duanya ini terurai dan menjadi benua-benua dan pulau-pulau yang kini tersebar mengelilingi bumi.
Manusia mula mendekati benua Antartika sejak 1820.
Bagaimanapun, penjelajahan di daratan Antartika hanya bermula pada awal 1990-an.
Bumi Antartika sebenarnya menyimpan seribu satu macam rahsia yang masih belum diterokai manusia kerana pelbagai halangan yang tidak terlawan oleh kudrat mahupun teknologi canggih ciptaan manusia.
Di sebalik putih sucinya, benua Antartika sebenarnya begitu ‘keras’ dan telah mengorbankan banyak nyawa.

Blue whale adalah ikan paus biru yang terdapat di Antartika.

Sejak lebih 45 tahun lalu, lebih 200 ilmuan dan saintis yang menjalankan penyelidikan di benua ini tewas dan terkorban kerana suhu sejuknya yang melampau.
Ikuti beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai benua Antartika.
  • Benua Antartika diselaputi ais sejak 35 juta tahun dahulu.
  • Benua Antartika sebenarnya adalah sebuah gurun yang hampir sama dengan Gurun Sahara.
  • Perairan Antartika adalah antara kawasan yang paling berangin di dunia dengan cacatan kelajuan angin sehingga 200 batu sejam.
  • Suhu di Antartika sememangnya tidak menentu. Antara yang pernah dicatatkan ialah penurunan suhu sehingga 65 darjah Ferenheit dalam masa 12 minit sahaja.
  • Puncak tertinggi di Antartika ialah Vinson Massif dengan ketinggian 4,897 meter.
  • Benua Antartika juga sebenarnya mempunyai gunung berapi, tetapi tidak ada satu pun yang aktif.
  • Sampel ais yang dikenali sebagai empulur ais (ice core) adalah sampel penting yang selalu diambil oleh saintis untuk tujuan uji kaji.
  • Empulur ais berbentuk silinder panjang ini memberikan maklumat-berguna mengenai sesuatu perkara sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Ini kerana, objek-objek yang terperangkap dalam ais itu termasuklah buih-buih udara memberikan informasi yang sangat berguna mengenai cuaca dan iklim dunia pada sesuatu masa dahulu.

  • Sekumpulan penguin jenis emperor di dataran ais Antartika.

  • Jika semua bongkah ais (ice sheets) yang terdapat di Antartika cair, air laut di seluruh dunia akan meningkat antara 60 hingga 65 meter.
  • Kebanyakan hidupan laut di Antartika termasuklah ikan mempunyai sejenis bahan anti sejuk dalam darah masing-masing untuk mengelakkan binatang-binatang ini menjadi beku.
  • Pada musim sejuk yang melibatkan suhu sejuk melampau dan keadaan gelap berterusan selama enam bulan, terdapat kira-kira 900 orang saintis yang menjalankan penyelidikan di 34 stesyen. Jumlah saintis ini bertambah sehingga 3,000 orang pada musim panas.
  • Serangga terbesar di atas tanah di Antartika sebenarnya ialah sejenis serangga kecil tanpa sayap - Belgica antarctica yang berukuran kurang daripada 1.3 cm panjang.
  • Tiada serangga terbang di Antartika (kerana ia akan mudah ditiup angin), sebaliknya hanyalah jenis serangga seperti kutu yang menghinggapi penguin.
  • Antartika adalah tempat terbaik di dunia untuk melihat tahi bintang. Tidak seperti di tempat biasa yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, tahi bintang boleh dilihat secara jelas di persekitaran Antartika yang serba putih.
  • Keadaan sejuk dan kering di ‘Daerah Kering’ di Antartika hampir menyamai keadaan di planet Mars seperti mana yang pernah diuji oleh pihak NASA. Di daerah kering itu, tiada hujan dicatatkan sejak 2 juta tahun lalu.

  • Saintis menjalankan penyelidikan di Antartika.

  • Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta krill (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari selama enam bulan.
  • Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan seorang manusia selama empat tahun!.
  • Sejak kemunculan benua Antartika lebih 20 juta tahun dahulu, tidak banyak hidupan lautnya yang berubah. Ikan-ikan di Antartika hidup pada suhu antara 2 darjah Celsius hingga - 2 darjah Celcius sejak lima juta tahun lalu. (-2 darjah Celcius adalah tahap beku air laut iaitu di bawah kosong kerana kandungan garam). Secara puratanya, suhu musim panas di Antartika ialah -30 darjah celcius manakala purata suhu musim sejuk ialah -60 darjah celcius.
  • Suhu paling rendah yang pernah dicatatkan ialah -89.6 darjah celcius iaitu di stesyen Russian Vostok. Hanya kira-kira 0.4 peratus daripada Antartika yang tidak diselaputi ais.
  • Di Antartika, terdapat sejenis kumpulan ikan yang agak pelik yang dipanggil ikan ais (ice fish). Ikan ini tidak mempunyai pigmen darah merah - haemoglobin dalam darah untuk membawa oksigen. Memandangkan suhu di sana sangat sejuk dan oksigen boleh larut dalam suhu yang sejuk, ikan ini boleh hidup tanpa haemoglobin.
Baru-baru ini, DNA ikan ini didapati telah rosak kerana tahap sinaran tinggi ultra violet akibat lubang ozon.
Ikan ini kurang pigmen yang boleh menghalang sinaran UV.

Antartika terletak di Kutub Selatan

FAKTA PENTING
Tahukah anda terdapat perbezaan yang nyata antara kawasan Artik dan Antartika.
Kawasan Artik terletak di Kutub Utara manakala Antartika terletak di Kutub Selatan.
Kawasan Artik adalah lautan yang dikeliling oleh benua dan pulau-pulau manakala Antartika adalah benua yang dikelilingi oleh lautan.
Walaupun Artik pada dasarnya ialah seperti laut beku, pengaruh air secara sederhana menjadikan iklim di kawasan ini lebih sesuai untuk kehidupan manusia dan binatang berbanding benua antartika.
Di kawasan Artik, salji lebih mudah cair dan mengalami proses pengejatan berbanding di Antartika. Keadaan ini menjadikan pembentukan ais kurang berbanding di Antartika.
Semasa musim panas, kawasan di Artik tidak mempunyai ais dan ini memberi peluang kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup.
Kawasan Artik dihuni oleh manusia sejak 20,000 tahun lalu manakala di Antartika tiada penduduk tetap, hanya bermusim.
Banyak negara menuntut haknya ke atas Antartika, walaupun ia diistiharkan sebagai milik antarabangsa.
Sementara itu, kawasan Artik pula, dimiliki oleh lapan negara yang berbeza iaitu Norway, Sweden, Finland, Rusia, Amerika Syarikat, Kanada, Greenland dan Iceland.
Laman Web Rujukan:
www.cia.gov
www.coolantarctica.com
www.quest.arc.nasa.gov/antarctica

Gambar Air Terjun - 10 Paling Cantik Di Dunia

air terjun niagara
Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".

keindahan alam angel
Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.

air terjun iguazu
Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.

air terjun victoria
Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik  di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.

gambar air terjun gullfoss
 Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.

keajaiban alam upsidedown
Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.

keindahan alam nachi
Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.

gambar air terjun giessbach
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.

air terjun lowerfalls
Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.

air terjun aspat
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.


sumber:  Top10List.org

Fenomena Aneh - Air Terjun Membeku Dalam Cuaca Panas

Hierve el Agua di Oaxaca, Mexico kelihatan seperti air terjun yang indah, tetapi tidak bergerak. Nampak seolah-olah airnya membeku menjadi ais. Betulkah begitu? 


Sebenarnya ia hanya ilusi pemandangan bentuk batu, terhasil dari sisa mineral oleh aliran air yang menitis menuruni tebing curam. Warna putih yang kelihatan seperti air terjun mengalir deras itu adalah kalsium karbonat, sejenis mineral sama seperti stalaktit dalam gua batu kapur. Dengan ketinggian 12 - 30 meter, Hierve el Aqua yang dapat dilihat pada masa sekarang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk.

Hierve el Agua adalah bahasa Spanish bermaksud 'Air Mendidih'. Gelaran ini diberi kerana bahagian atas yang datar terdapat mata air panas. Mata air ini menghasilkan gelembung-gelembung buih ketika mengalir keluar dan membentuk sebuah kolam air panas kecil. Kaum Zapotec yang mendiami kawasan sekitar sejak 2,500 tahun lampau menganggap Hierve el Agua sebagai tempat suci dan dihormati.

Belalang Ganjil Berwarna Pink


Daniel Tate, budak lelaki English berusia 11 tahun sedang mencari belalang di dalam belukar bersama datuknya. Pencarian mereka di Seaton Marshes Local Nature Centre itu berakhir dengan pe nemuan yang me nakjubkan.

Pada mulanya Tate menyangka benda berwarna pink (merah jambu) yang dilihatnya sekuntum bunga, tetapi bila benda tersebut mula melompat, barulah Tate sedar ianya merupakan seekor belalang.

Sememangnya pasti ia adalah seekor belalang betina berwarna pink! Saintis masih belum dapat mengenalpasti kenapa mutasi ini boleh terjadi. Belalang yang mempunyai warna berlainan dari kebiasaan, termasuk pink sangat jarang ditemui. Walau bagaimanapun, selain belalang, masih ada lagi serangga-serangga lain dijumpai mempunyai warna pink, iaitu:


Mentadak


Pepatung


Kupu-kupu Hummingbirds


Kupu-kupu Raspberry Wave


Belalang Rusa

Ramai manusia tidak menyukai serangga. Sebenarnya serangga memberi sumbangan besar kepada manusia dan planet bumi ini. Mentadak contohnya, memakan kutu, nyamuk, lalat, kumbang dan hama. Sedikit nyamuk dan kutu di kawasan rumah kita bermakna sedikit semburan racun merbahaya diperlukan. Malah, peladang-peladang organik menggunakan serangga seperti mentadak sebagai kawalan biologi bagi menggantikan racun serangga.