Makanan ringan tidak
baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan pengawet,
pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk
membantu pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana
tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut.
Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak.
Pewarna makanan ringan ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak.
Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian
memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak hari ini
lebih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh orang
dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing
manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini
kerana,pengambilan makana ringan yang berlebihan tanpa mengira masa dan
tempat.
Makanan ringan berjaya
mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering menghabiskan
duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka
terpengaruh dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku
sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan untuk membeli makanan
ringan.
Sesungguhnya, makanan
ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau tabiat makan
anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya,
galakkan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan.
0 comments:
Post a Comment