Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik.
Amalan
menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan
keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi
banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa
berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi
bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada
kanak-kanak untuk menabung.
Amalan menabung ini seharusnya
diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita
menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan
simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum
hujan'.
Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak
mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu
kepentingan dan perkara yang menguntungkan.
Oleh itu,amalan ini
memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam
merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih
terjamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment