Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI SEKOLAH. Show all posts
Majlis Penyampaian Watikah & Tali leher Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS 2014
Pada 6 Januari 2014 ( Isnin ) satu majlis penyerahan watikah dan tali leher pengawas sesi 2014 telah diadakan. Tujuan majlis ini diadakan agar semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggunjawab.
Penyerahan Watikah dan Tali Leher
Pengawas melafazkan ikrar menerima tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
Seluruh ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas 2014
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas 2014
Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Jualan Buku 2014
Pendaftaran Tahun Satu sesi 2014 telah diadakan pada 31 Disember 2013. Murid-murid diberikan ujian saringan untuk menentukan tahap kebolehan mereka. Ibubapa pula telah diberikan taklimat berkaitan Program Linus dan KSSR. Selain itu ibubapa juga diberikan panduan berkaitan pengisian kad kesihatan dan juga kad gigi oleh oktor yang berkaitan. Jualan buku juga telah diadakan selama dua hari iaitu pada 30 dan 31 Disember 2013 untuk semua kelas.
Pertama kali masuk ke kelas..termenung
Ibubapa mendengar taklimat dan ceramah kesihatan ketika anak-anak mengambil ujian saringan.
Tekun mendengar arahan guru ketika ujian dijalankan.
Ibubapa khyusuk mendengar taklimat yang diberikan.
Guru Tahun 1 sedang memberi penerangan.
Ceramah pendek berkaitan kesihatan pelajar & gigi disampaikan oleh dua doktor berkaitan.
Bimbingan kepada pelajar yang kurang faham.
Lawatan di persekitaran kawasan sekolah.
Mewarna dan mencari benda tersembunyi sementara menunggu ibubapa mentelesaikan pembelian buku.
Suasana di tempat penjualan buku tulis dan buku aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)
