Sebenarnya ia hanya ilusi pemandangan bentuk batu, terhasil dari sisa mineral oleh aliran air yang menitis menuruni tebing curam. Warna putih yang kelihatan seperti air terjun mengalir deras itu adalah kalsium karbonat, sejenis mineral sama seperti stalaktit dalam gua batu kapur. Dengan ketinggian 12 - 30 meter, Hierve el Aqua yang dapat dilihat pada masa sekarang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk.
Hierve
el Agua adalah bahasa Spanish bermaksud 'Air Mendidih'. Gelaran ini
diberi kerana bahagian atas yang datar terdapat mata air panas. Mata air
ini menghasilkan gelembung-gelembung buih ketika mengalir keluar dan
membentuk sebuah kolam air panas kecil. Kaum Zapotec yang mendiami
kawasan sekitar sejak 2,500 tahun lampau menganggap Hierve el Agua
sebagai tempat suci dan dihormati.
0 comments:
Post a Comment