Showing posts with label DUNIA SAINS. Show all posts
Showing posts with label DUNIA SAINS. Show all posts

Cara haiwan melindungi diri daripada musuh

1. Setiap haiwan mempunyai stail sendiri untuk melindungi diri daripada bahaya.
2. Tanpa cara perlindungi diri, haiwan herbivor tidak dapat hidup lama. Haiwan karnivor akan menjadi mimpi ngeri kepada mereka.
3. Cara-cara khas haiwan untuk perlindungan daripada bahaya adalah seperti berikut:
  • Memancutkan dakwat hitam (memancutkan dakwat hitam apabila diserang musuh. Dakwat hitam itu menggelapkan air di sekeliling mereka. Ini membolehkan mereka menyelamatkan diri daripada musuh.)  Contoh: Sotong
Sotong
  • Menggulungkan badan (Sesetengah haiwan menggulungkan badan untuk melindungi diri daripada musuh. Badan yang bergulung sukar untuk dibuka atau dimakan oleh musuh.) Contoh: ulat gonggok, tenggiling
Ulat Gonggok

Tenggiling

Tenggiling akan menggulungkan badannya apabila bahaya dikesan

  • Berpura-pura mati (Kumbang berpura-pura mati apabila diganggu atau diserang musuh. Ini mengelirukan dan menyebabkan musuh meninggalkannya.)
Kumbang

Opossum
  • Bersembunyi (Sesetangah haiwan mencari tempat yang selamat untuk bersembunyi apabila diburu oleh musuhnya. ). Contoh: arnab, tikus
Arnab

Tikus
  • Memutuskan ekor  (Cicak memutuskan ekor apabila diserang oleh musuh. Musuhnya akan keliru dan menangkap ekornya. Ini membolehkan mereka melarikan diri daripada musuh. )
Cicak
  • Megubah warna kulit (Sesumpah mempunyai kebolehan mengubah warna kulit untuk menyerupai keadaan sekeliling. Ciri ini menjadikan sesumpah sukar dilihat oleh musuh.)
Sesumpah
  • Hidup secara berkumpulan (Sesetengah haiwan hidup dalam kumpulan. Ini membolehkan mereka dilindungi sesama sendiri apabila diserang musuh. )Contoh: gajah, monyet, lembu jantan, kerbau

  • Serangan bau busuk (Sesetengah haiwan mengeluarkan bau busuk apabila diserang musuh. Bau busuk ini menjauhkan musuh daripada mereka.) Contoh: skunk, pepijat, lipas
Skunk
Lipas

KITARAN HIDUP HAIWAN - LALAT RUMAH

Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.

Kitar hidup.

Seekor lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat untuk mencapai kitar hidup yang sempurna. Perkembangannya bermula daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan mantap. Masa ini dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.

Telur yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa yang dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan pada musim panas.

KITARAN HIDUP HAIWAN - NYAMUK




Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap; nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasa. Kitar hidup lengkapnyamuk mengambil masa sebulan.
(‘Mosquitoes undergo complete metamorphosis; they go through four distinct stages of development during a lifetime. The four stages are egg, pupa, larva, and adult. The full life-cycle of a mosquito takes about a month.’)

Telur ; Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok ('kelompok telur berbentuk rakit’) telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih yang terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir amat perlahan.
(‘Eggs: After drinking blood, adult females lay a raft of 40 to 400 tiny white eggs in standing water or very slow-moving water.’)

Larva : Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva (atau dipanggil jentik – jentik) yang mana ia bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahagian kecil bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka; selepas pembentukan keempat, ia dipanggil sebagai pupa.
(‘Larvae: Within a week, the eggs hatch into larvae (sometimes called wrigglers) that breathe air through tubes which they poke above the surface of the water. Larvae eat bits of floating organic matter and each other. Larvae molt/mould four times as they grow; after the fourth molt, they are called pupae.’)

Pupa : Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.
(‘Pupae: Pupae (also called tumblers) also live near the surface of the water, breathing through two horn-like tubes (called siphons) on their back. Pupae do not eat.’)

Nyamuk dewasa : Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulitterbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.
(‘Adult: An adult emerges from a pupa when the skin splits after a few days. The adult lives for only a few weeks.’)

KITARAN HIDUP HAIWAN -LIPAS






Kitaran hidup seekor lipas adalah sebagaimana berikut:

- Telur dikeluarkan dalam satu sarang telur. Sarang telur ini mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur.
- Daripada sarang telur itu, muncul lipas muda ( nimfa ).
- Nimfa bersalin kulit beberapa kali.
- Akhirnya, nimfa itu menjadi lipas dewasa.
- Kitaran hidup berterusan apabila lipas dewasa bertelur.

GUNUNG BERAPI




1. Terdapat tiga jenis gunung berapi :-

    a) gunung berapi hidup
        Gunung berapi jenis ini akan meletup pada waktu-waktu tertentu.

    b)gunung perapi pendam
       Gunung barapi pendam hanya meletup setelah sekian lama tidak aktif.

    c)gunung berapi mati
       Gunung berapi jenis ini tidak akan meletup lagi. Contohnya, Gunung Fuji di Jepun.


2. Terdapat pepejal, cecair dan gas yang sangat panas di bawah kon gunung berapi.

3. Pepejal, cecair dan gas ini dikenali sebagai magma.

4. Magma akan keluar melalui saluran utama yang dipanggil lohong, semasa gunung berapi meletup.

5. Magma yang keluat di permukaan buni dikenali sebagai lava.

6. Lapisan lava yang mendap dan membeku lama-kelamaan membentuk kon gunung berapi.

GEISER


1. Geiser ialah pancutan air panas dan wap air panas.

2. Geiser biasanya terdapat di kawasan gunung berapi.

3. Air di bawah tanah dipanaskan oleh batu-batan di sekitarnya sehingga mendidih.

4. Tekanan tinggi di bawah tanag (kawasan gunung berapi) menyebabkan air dan wap air panas terpancut dari bumi.