Showing posts with label AKTIVITI NILAM. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI NILAM. Show all posts

Perubahan Jadual Pinjaman dan Pemulangan Buku di Pusat Sumber

Hari Isnin dan Rabu - Tahun 6 & Tahun 3
Hari Selasa dan Khamis - Tahun 5 & Tahun 2
Hari Rabu dan Jumaat - Tahun 4

Saya Sudah Dapat, Anda Bila Lagi?

Rebutlah peluang menjadi pembaca NILAM terbanyak setiap bulan. Lencana NILAM ( mengikut tahap pencapaian ) akan dianugerahkan kepada mereka di samping hadiah iringan seperti set alat tulis, majalah dan sebagainya. Mulakan bacaan dan catatan anda hari ini juga! Saya boleh!

Program NILAM

Seperti kita sedia maklum, pelancaran program NILAM peringkat sekolah telah pun dirasmikan pada hari Isnin 11 januari yang lalu. Sebagaaimana ucapan daripada Guru Perpustakaan dan Media, pada tahun ini sekolah akan menjalankan satu projek yang dinamakan "SEMAIAN NILAM".

Berikut adalah kandungan projek tersebut.

1.0 Nama Program : SEMAIAN NILAM

Di sekolah rendah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Atas dasar itulah pihak sekolah berusaha untuk melaksanakan satu program yang diharapkan dapat menanamkan serta menyuburkan minat membaca di kalangan para pelajar.


2.0 OBJEKTIF
a. Semua guru SK ST FRANCIS khasnya guru-guru kelas dan guru-guru Bahasa Melayu serta Guru Bahasa Inggeris diberi pendedahan akan pelaksanaan program SEMAIAN NILAM di peringkat sekolah.

b. Melalui penghayatan program ini, Program SEMAIAN NILAM peringkat sekolah akan dapat digahkan dan dilaksanakan dengan lebih jayanya.

c. Melalui pendedahan program ini kepada semua guru SK ST FRANCIS ini adalah diharapkan, semua murid-murid SK ST FRANCIS turut akan menikmati impak positif dan menggalakkan murid-murid untuk mengambil dan turut serta dalam setiap program SEMAIAN NILAM yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah

3.0 TENTATIF PELAKSANAAN

TARIKH

: SEPANJANG TAHUN 2010

HARI

: SELASA – KHAMIS

MASA

: 7.30 HINGGA 7.40 PAGI :

WAKTU REHAT

TEMPAT

:BILIK DARJAH

: PUSAT SUMBER SEKOLAH

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI

Membaca buku cerita

Membaca Baris Demi Baris

Mengumpul Perkataan

Mengumpul Maklumat

Pusat Sumber Sekolah amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini.



LAGU NILAM

Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda
Nilam program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita
Bina tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi
Tidak terhingga
Jadi rakan pembaca
Juga capai Jauhari
Pembaca bestari
Anugerah diberi
c/o Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Menerangi jalan suram
Nilam Nilam
Anugerah Nilam
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca
Matlamat Nilam kita
Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari

NILAM.
ulang Chorus

PROGRAM NILAM

PROGRAM NILAM
( Nadi Ilmu Amalan Membaca )

MATLAMAT
MEMBINA TABIAT MEMBACA DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR

OBJEKTIF
Menjadikan pelajar-pelajar banyak membaca

Mengalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

PELAKSANAAN

Tahap Pertama ( JAUHARI )
Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat

a) Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun
b)Pelajar diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan.

Tahap Kedua ( RAKAN PEMBACA — RP )
Mengutamakan aspek kepimpinandalam aktiviti membaca. Ianya dijalankan sekiranya Tahap Pertama (JAUHARI) telah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Memberi penekanan terhadap kebolehan pelajar membimbing dan menarik minat orang lain untuk membaca

A) Dijalankan dengan bimbingan guru
B) Aktiviti-aktiviti boleh dirancang secara formal atau tidak formal
C)Cadangan aktiviti :
Bercerita , Membaca bersama , Bicara buku , Meminjamkan buku