Showing posts with label KO-KURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KO-KURIKULUM. Show all posts

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum diadakan setiap bulan pada minggu yang ketiga. Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku. Selepas itu pelajar akan dibahagikan mengikut unit beruniform masing-masing.

Latihan kawad kaki akan diadakan selama 10 minit diikuti dengan penerangan-penerangan ringkas daripada guru-guru yang terlibat.
















Perkhemahan Ko-Kurikulum 2009

bahan akan dikemaskini!

PELANCARAN MERDEKA









Tarikh : 20 Ogos 2009
Hari : Khamis

10 MINIT SENAMAN PAGI

Perhimpunan pagi di adakan setiap hari antara jam 7.30-7.40 pagi. Perhimpunan ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh setiap panitia.












Salah satu slot perhimpunan pagi yang baru diadakan baru-baru ini ialah senaman pagi yang diadakan pada setiap hari Selasa.



Aktiviti ini dijalankan bersesuaian dengan harapan sekolah dalam melahirkan pelajar yang bukan saja cerdas minda bahkan cergas dari segi fizikal. Pelajar juga dilihat lebih bertenaga dan bersemangat ketika menjalankan aktiviti ini.






Semoga aktiviti ini dapat merangsang pelajar untuk terus menjaga kecergasan diri dan tahu pentingnya kesihatan untuk memudahkan mereka belajar dalam suasana yang segar dan sihat.


Kelihatan pelajar-pelajar begitu ceria dan seronok menjalankan aktiviti tersebut.

Pertandingan 'SPELLING COMPETITION'

Pada 18 Jun 2009 ( Khamis ) bertempat di Dewan Sk St Francis telah diadakan Pertandingan 'Spelling Competition' Peringkat Daerah Manjung. Pertandingan bermula pada jam 3.00 petang. Sebanyak 8 buah sekolah di dalam daerah Manjung telah mengambil bahagian.

Pertandingan dijalankan penuh meriah dan juga debaran. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan dan penuh kesungguhan.

Walaupun hanya seorang daripada empat pelajar kita yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir namun kesemua mereka telah mencuba yang terbaik. Di pusingan terakhir, peserta kita iaitu Povindthran dari kelas 6 Gemilang telah berjaya mendapat tempat pertama. Tahniah! Povind! Sk St Francis BOLEH!

Peserta dari SK Convent, telah berjaya meraih tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dan sijil pertandingan' Spelling Competition' telah dirasmikan dan disampaikan oleh wakil dari PPD Manjung.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakannya. Semoga peserta kita yang akan mewakili daerah Manjung ke peringkat negeri akan pulang dengan kemenangan!

St Francis! BOLEH!












Pasukan Ragbi Kita Hebat

Pada 2 Februari yang lalu, pertandingan ragbi peringkat daerah telah diadakan di SK Gugusan Lekir. Pasukan ragbi sekolah telah berjaya mendapat tempat kedua (naib johan). Meskipun gagal menjadi juara peringkat daerah, beberapa pelajar dari sekolah ini berjaya menempatkan diri untuk bermain di peringkat negeri.

Pertandingan ragbi peringkat negeri telah diadakan di UITM Perak, Seri Iskandar pada 10-13 Februari baru-baru ini. Antara pelajar yang mewakili daerah Manjung ke peringkat negeri ialah Mohd.Zafran b. Abd.Mulok, Jeevan a/l Darmalingam, Aiman Syafik b. Mohd.Haniff, Ahmad Arif Daniel b. Roslan dan Thevaseelan a/l Ashok Kumar.

Walaupun mereka telah bermain bermati-matian, nasib tidak menyebelahi daerah kita. Daerah Manjung hanya berjaya mendapat tempat ke empat. Syabas kita ucapkan kepada pemain-pemain sekolah kita yang telah menunjukkan mutu permainan yang bagus. Semoga di tahun akan datang kita akan menjadi pasukan yang terbaik!

Dilaporkan oleh,
Guru Media SKSF