Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.
Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls
terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275
buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu
dengan ketinggian 269 kaki.
Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.
Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.
Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaii sangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.
Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun
yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400
kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit
tersebut.
sumber: Top10List.org
Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahan Giessbach Waterfalls
di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah
indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan
gunung ganang yang diliputi salji.
Lower Falls
berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon,
USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan
pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut.
0 comments:
Post a Comment