Showing posts with label BERITA/LAPORAN/CATATAN. Show all posts
Showing posts with label BERITA/LAPORAN/CATATAN. Show all posts

Perkhemahan Pengakap di Hutan Pulai


Laporan Perkhemahan Pengakap di Hutan Pulai


Pada 16 Mei, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng telah mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Pulai. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang ahli pengakap dan 3 orang guru pengiring. Perkhemahan ini diadakan untuk memupuk sifat berdikari dan semangat bekerjasama antara pengakap.

Pada pagi hari tersebut, ahli-ahli pengakap berkumpul di dewan sekolah. Selepas guru memberikan taklimat, kami pun bertolak dengan bas yang disewa. Setibanya di destinasi, guru-guru mencari tempat yang berdekatan dengan sungai supaya mudah mendapat air. Murid-murid bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah.

 Mula-mula, guru pengiring membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya termasuklah memungut kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya. Kami  bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Walupun panas terik, kami masih  bermandi peluh semasa menjalankan tugas.

 Pada waktu petang, kami menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, ahli-ahli  pengakap menjalankan aktiviti lasak. Antaranya termasuklah meredah hutan, mendaki bukit dan mengharungi sungai. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami dapat memupuk sifat berdikari dan semangat keyakinan. Selain itu, kami juga mengadakan pertandingan mencari harta karun. Akhirnya, Kumpulan Harimau memenangi pertandingan itu. Selepas itu, guru juga memberikan sijil kepada semua peserta.

Pada waktu malam, ahli-ahli pengakap dan guru menyalakan unggun api. Kami telah mengadakan banyak persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan. Persembahan itu menarik hati. Semua murid memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sungguh meriah.

 Pada keesokan harinya, semua ahli pengakap dan guru mengemaskan khemah untuk  pulang. Dalam perkhemahan tersebut, ahli-ahli pengakap telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan. Kami berpeluang mengenali flora dan fauna di dalam hutan. Perkhemahan ini amat bererti kerana dapat mendedahkan ahli-ahli kepada alam sekitar. 


Laporan disediakan oleh,                                                                         23 MEI 2013
                                                                                   
 Ng Kim Leng

(NG KIM LENG)
Setiausaha, Persatuan Pengakap,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng.

Laporan: Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku


Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku.

Pada hari Sabtu 29 Februari 2012 yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kemaman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Tujuan utama  lawatan ini diadakan  adalah untuk mengenali buku-buku bermutu yang sesuai dibeli oleh murid.Selain itu murid-murid juga dapat menimba pengetahuan tentang perjalanan pameran buku.Di samping itu murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti  lawatan sambil belajar.

Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Terengganu pukul 9.30 pagi. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku terbaharu. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain.

Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak penerbit buku tersebut.Ada juga rakan kami yang menyertai pertandingan kuiz sempena pameran buku tersebut.

Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan sekolah kami.Hal ini demikian kerana terdapat beebrapa acara menarik seperti pertandingan bercerita dan mewarna yang disediakan untuk pengunjung khususnya murid-murid sekolah.Oleh itu lawatan ini memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli.  Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.


Laporan disediakan oleh,                                                                       2  Mac 2012.

……………………………
  (MUHAMMAD AIMAN BIN ALI)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
      Sekolah Kebangsaan Padang Air.

Catatan : Bercuti Di kampung

SOALAN : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kampung.
Selasa, 1 Julai 2012
Aku , adik dan abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke kampung datuk di Kampung Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu berpesan kepada kami bertiga agar menjaga keselamatan diri dan berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada di kampung. Kami akan bercuti di kampung selama seminggu.

Rabu, 2 Julai 2012
Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Kebetulan pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang menaiki basikal menuju ke dusun manakala adik pula menemani nenek di rumah. Buah rambutan yang kemerah-merahan menghiasi pokok di kiri dan kanan jalan. Meskipun banyak nyamuk, namun aku tidak mengendahkannya kerana seronok berlumba dengan abang mencari buah durian yang gugur. Semua buah durian yang dikutip dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya dibawa balik ke rumah sebagai habuan untuk kami bertiga.

Khamis, 3 Julai 2012
Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa belas ikan yang diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang berjaya di tangkap. Setelah dua jam menjala, datuk berjaya menangkap beberapa jenis ikan seperti ikan lampam, seluang,dan baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai kegemaranku iaitu ikan baung masak tempoyak.

Jumaat, 4 Julai 2012
Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku dan abang turut menyusun kerusi meja dan mendirikan khemah. Jiran-jiran yang lain juga turut membantu. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung ini.

Sabtu, 5 Julai 2012
Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Aku gembira kerana akan berjumpa dengan ibu dan bapaku. Namun, aku juga sedih untuk meninggalkan datuk dan nenek di kampung. Sebelum menaiki teksi, kami bersalam dan memeluk datuk dan nenek erat-erat. Air mata mula membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan pulang lagi ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang. 

Laporan : Gotong-Royong

LAPORAN GOTONG-ROYONG
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT

Pada 18 Jun 2009, Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan gotong-royong sempena kempen kebersihan bagi tahun 2009. Aktiviti ini melibatkan beberapa persatuan dan kelab antaranya ialah Persatuan Pengakap, Puteri Islam, dan Kadet Remaja Sekolah.

Kami berkumpul di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Roslan. Setelah dibahagi-bahagikan tugas, kami mula bergerak ke kawasan masing-masing dengan pelbagai peralatan seperti kain buruk, baldi, penyapu, dan berus.

Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah telah ditugaskan membersihkan longkang di hadapan dan belakang sekolah, menyiram pokok-pokok bunga, membersihkan tandas. Kumpulan kami diawasi oleh Cikgu Fazrina. Beliau juga turut membantu.

Pada pukul 10.00 pagi kami berehat. Semua pelajar berkumpul di kantin. Kami telah diberi sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kami difahamkan jamuan gotong-royong ini telah ditaja oleh PIBG.

Selepas rehat, kami menyambung semula kerja-kerja yang masih belum disiapkan. Setelah itu, ahli-ahli persatuan telah diarahkan untuk membersihkan bilik rawatan. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengelap cermin, memasang cadar dan sarung bantal baru, memasang lagsir, dan memasang tikar getah.

Pada pukul 12.00 tengah hari para peserta gotong-royong berkumpul di kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Sebelum bersurai Tuan Guru Besar Encik Talib Ahmad telah menyampaikan ucapan. Beliau menyeru seluruh warga sekolah agar mengamalkan budaya ‘ Sentiasa Bersih’


Disediakan oleh,                                                                                          12 JULAI 2009

Nasihaha Arbain
(NASEHAHA BINTI ARBAIN)
Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Kebangsaan Jerantut,
Jerantut,
Pahang Darul Makmur.

Karangan Diari/ Catatan

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang telah dijalankan pada hari tersebut.

ISNIN, 16 MEI 2011

7.45 pagi
Semua guru diarak ke dewan diiringi kumpulan kompang sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru 2011 . Semua guru mengambil tempat masing-masing dan kelihatan ceria.

8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar . Seterusnya, Puan Hasmah membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Encik Nordin pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

8.45 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara “Simpul Kasih” . Selain itu, terdapat pelbagai acara sukaneka lain yang menarik . Perlawanan bola jaring turut diadakan antara murid dan guru.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih muih .

10.30 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan . Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

11.45 pagi
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,Encik Zakaria.

12.45 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru. Acara pertukaran hadiah turut diadakan bagi memeriahkan acara.


 Baru-baru ini kamu telah menyertai lawatan ke sekolah pendidikan khas. Tulis catatan kamu, sepanjang lawatan tersebut.

 Sabtu
10 MEI 2010

7.30 pagi : Semua peserta rombongan berkumpul di dewan sekolah. Guru pengiring Cikgu Azima memberi taklimat lawatan.

8.00 pagi : Bertolak menaiki bas yang disewa khas. Kami bebual-bual sambil menikmai keindahan sepanjang perjalanan. Kami sempat mencatat nama-nama tempat yang kami lalui.

9.30 pagi : Sampai ke destinasi kami, Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya, Sungai Pelek. Kami disambut mesra oleh Encik Angsor Karimon selaku pengetua pusat latihan tersebut. Menurut Encik Angsor pusat latihan vokasional ini menyediakan kursus pendawaian letrik, jahitan, motor mekanik, dan pertukangan perabut rotan.

10.00 pagi : Kami dibawa melawat ke bahagian latihan. Kami dapat melihat bagaimana pelajar-pelajar golongan kurang upaya ini belajar untuk mendapatkan sesuatu kemahiran.

11.00 pagi : Kami dibawa melawat pusat jualan atau pameran hasil kerja para peserta kursus. Pelbagai bentuk perabut rotan siap dipamerkan. Selain itu, terdapat juga barangan yang dibuat daripada buluh sebagai barangan cendera mata. Saya tidak melepaskan peluang membelinya.

2.00 petang : Kami sampai di sekolah. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Saya akan menceritakan pengalaman yang menarik itu kepada adik.

Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.


Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.


Laporan disediakan oleh,                                                      16 Mac 2011


..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Karangan Jenis Laporan