Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang
terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan
indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang
tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam
keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen
ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan
tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan
hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan
gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak
menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang
perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada
kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap
pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak
tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.
Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada
pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih
baik.Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai
kepada generasi akan datang
0 comments:
Post a Comment