Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang
dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.
Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan
termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah
bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan
terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan
cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu
meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan
diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan,
bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan
astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00
pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk
yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar
sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG.
Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang
mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan
seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan.
Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan
berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah
jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan
pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan
Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah
hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan
yang disediakan di kantin.
Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2011
..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)
1 comments:
salam,karangan mempunyai cukup isi,terima kasih
Post a Comment