Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Mutiara Kata Hari Ini


 

Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang UPSR 2014

1. Meletakkan niat yang betul untuk menuntut ilmu.

2. Menetapkan sasaran untuk mendapat 5A UPSR.

3. Meyakinkan diri sendiri untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

4. Memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang sesi pembelajaran di kelas.

5. Tidak akan berkhayal, bermain-main atau melakukan percakapan yang tidak menguntungkan di kelas.

6. Berdisplin dengan mengikut apa yang diarahkan oleh guru.

7. Azam untuk mempastikan diri berubah menjadi pelajar yang mengutamakan pelajaran dalam kehidupan seharian.

8. Menanamkan lebih banyak sikap positif dan mengikis sama sekali sikap negatif.

9. Berazam bersungguh-sungguh untuk mendapatkan 5A dalam UPSR.

10. Menjadi Pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.


Tips Belajar Matematik


Tips Untuk Ibu Bapa


Pujuk anak buat kerja sekolah
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI



MEMANG memenatkan. Mana tidaknya hampir setiap hari harus mengingatkan anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Yang naik risau kita, bukannya anak-anak. Mereka selagi tidak mendengar leteran atau desakan, tidak akan angkat punggung untuk membuat kerja sekolah.

Lagi memeritkan, kitalah yang harus duduk bersama-sama semasa membuat kerja sekolah sehingga kerja-kerja rumah lain tergendalam. Lagi teruk apabila ibu atau bapa yang menyelesaikannya kerana anak-anak langsung tidak faham atau mengantuk.

Ini adalah antara rungutan-rungutan yang selalu diluahkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.

Kadangkala leteran itu telah menjadi 'lagu merdu' bagi anak-anak dan bukan lagi arahan yang perlu diikuti dan ditakuti.

Ini sebenarnya adalah lumrah hidup kanak-kanak. Mereka sememangnya tidak suka membuat kerja sekolah. Sehubungan itu, tanamkan minat mereka untuk menyukai kerja sekolah.

Selain itu, ibu bapa harus ingat bahawa anda tidak boleh memaksa mereka melakukannya atau belajar.

Begitu juga, menyelesaikan kerja sekolah adalah masalah anak-anak. Justeru, mereka harus menggerakkan pensel mereka. Otak mereka harus berfikir. Punggung mereka harus diletakkan di kerusi.

Ramai ibu bapa beranggapan bahawa kerja sekolah adalah masalah mereka. Jadi mereka mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan seperti menjerit, marah, mengugut atau menarik balik keistimewaan yang diberi. Bagaimanapun kebanyakan taktik ini tidak memberi kesan.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak-anak membuat kerja sekolah. Tugas kita ialah menyediakan struktur dan mewujudkan sistem. Tugas anak ialah menggunakan sistem itu.

Sehubungan itu, terdapat beberapa panduan yang boleh dilakukan bagi memujuk anak membuat kerja rumah.

Wujudkan ruang sesuai untuk membuat kerja sekolah 

Antara alasan mengapa anak-anak tidak berminat membuat kerja sekolah ialah tidak cukup peralatan. Kadangkala tidak mempunyai rujukan yang sesuai dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Justeru, wujudkan satu tempat atau stesen kerja sekolah atau tempat belajar di rumah.

Stesen itu mestilah:
  • Jauh daripada ruang televisyen atau tempat permainan video. 
  • Lengkapkan dengan meja, kerusi atau komputer bergantung pada umur anak. 
  • Pastikan alat tulis lengkap. 

Buat jadual

Dengan jadual ia boleh membentuk tabiat untuk melaksanakan kerja rumah di kalangan anak-anak. Ini sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa.

Sebagai ibu bapa, buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari.

Pastikan bilakah masanya anak mesti melakukan kerja sekolah. Beri kelonggaran kepada mereka untuk menentukan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.

Kadangkala bagi mengelakkan melakukan kerja sekolah, anak akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tugasan pun.

Justeru itu, masa yang telah ditetapkan melakukan kerja rumah haruslah diganti dengan waktu untuk belajar.

Ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu ditetapkan supaya mereka peka. Insya-Allah, selepas beberapa minggu atau bulan, anak anda akan melakukannya sendiri tanpa disuruh.

Bantu menguruskan perancangan kerja sekolah

Bantu anak untuk membuat perancangan menguruskan tugasan sekolah.

Sediakan perancangan harian atau kalendar. Galakkan anak untuk membuat nota tarikh hantaran terakhir atau ujian akan datang dalam kalendar. Bantu mereka membuat jadual dan jelaskan bahawa waktu yang terurus tidak akan membebankan mereka.

Selalu ingatkan mereka. Apabila anak telah biasa menggunakan kalendar dan jadual waktu, mereka akan tahu manfaat dan melakukan kerja sekolah itu sendiri.

Jadikan diri sebagai contoh

Banyak kanak-kanak merasakan melakukan kerja sekolah adalah satu bebanan dan ia dilakukan secara terpaksa kerana arahan ibu bapa.

Akibatnya mereka jadi terganggu apabila tibanya waktu belajar. Untuk atasi masalah ini cuba minimumkan gangguan semasa anak-anak belajar seperti menutup televisyen dan radio.

Ibu bapa perlu gunakan waktu ini melakukan kerja-kerja rumah, uruskan pembayaran bil dan sebagainya.

Dengan ini, anda bukan sahaja meredakan gangguan, tetapi menunjukkan kepada anak bahawa anda juga melakukan 'kerja' di luar waktu kerja anda.

Bina Keyakinan Diri

AYUH BINA #KEYAKINAN #DIRI!

Tidak semua orang dilahirkan dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun, tahukah kamu sebenarnya keyakinan boleh dibina dan digilap? Ayuh bina keyakinan diri bersama REMAJA!

1) Kenal pasti keistimewaan diri
Cuba peka dengan kemahiran yang kamu ada kemudian katakan pada diri sendiri. Contohnya seperti “aku memang minat dan pandai memasak, jadi apa sahaja yang berkaitan dengan dapur aku tahu”. Jika kamu kerap melakukan seperti ini lama kelamaan kamu mempunyai satu keberanian dan keyakinan terhadap diri kamu sendiri.

2) Pasang azam untuk kejayaan
Mula pasang azam untuk sesuatu kejayaan kerana keyakinan diri juga boleh dijana daripada sesuatu kejayaan selain daripada memotivasikan diri.

3) Buat sesuatu yang kamu suka & selesa
Bila kamu lakukan sesuatu atas dasar suka dan ikhlas, pasti kamu tidak akan teragak-agak dan secara tidak langsung pasti keyakinan itu akan muncul!

4) Sebut pekara positive
Elakan daripada berkata sesuatu yang negatif atau mampu menjatuhkan emosi kamu. Cuba yakinkan diri dengan pekara-pekara yang positif seperti “Aku tau aku mesti boleh buat!”.

5) Percaya pada diri sendiri
Pokok pangkalnya, walaupun kamu senaraikan 10 kebaikan dan kelebihan yang kamu ada tetapi jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri tiada gunanya. Oleh itu, belajar mempercayai diri sendiri dan kemampuan yang kamu ada.
_____________________
Sumber: Remaja

Meniru Untuk Berjaya?

MENIRU UNTUK #BERJAYA

Semua orang nak berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik untuk berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara orang yang telah berjaya.

Bayangkan, kalau kita lihat seorang tukang masak berjaya memasak seperiuk pengat durian, kita juga tentu boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita tiru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh tukang masak itu. Kalau dia letak 250g gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2 biji durian, kita guna 2 biji durian juga. Jadi, agak mustahil kalau kita tidak mendapat hasil yang sama.

Nak berjaya dalam pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar. Jangan tiru jawapan mereka semasa peperiksaan pula!

Tiru cara mereka fokus kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka untuk berjaya. Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk mencapai kejayaan?

Tip Belajar

#TIP #BELAJAR: BUKAN ASAL BACA, MESTI ADA STRATEGI
Oleh: Editorial Remaja

Nak baca buku mestilah ada strategi. Jika tidak , tentu kamu sukar untuk memahami isi kandungan buku tersebut . Kamu tentu pernah mengalami situasi di mana bertimbun-timbun buku yang kamu baca , namun satu pun kamu tidak faham . Jadi, jom ikuti tip daripada REMAJA agar kamu mudah memahami apa yang dibaca dan informasinya diingat selalu .

√ Tanam Semangat
Mulakan membaca dengan penuh bersemangat dan jangan malas. Tanamkan semangat dalam diri untuk memahami apa yang kamu baca. Jangan hanya berangan-angan akhirnya buku ditinggalkan tanpa dibaca. Walaupun buku yang dibaca itu agak bosan, tanamkan tujuan kamu membaca untuk berjaya dalam peperiksaan.

√ Baca Perlahan-Lahan
Mulakan membaca keseluruhan buku secara perlahan. Jangan terkejar-kejar untuk menghabiskan sebuah buku tanpa pemahaman yang betul. Perlahankan suara ketika membaca dan jangan membaca dengan kuat kerana otak kamu tidak dapat menyerap bunyi yang bising. Selain mengganggu orang lain, ia juga akan melambatkan proses pembacaan kamu.

√ Gunakan Pen
Mata kita kebiasaannya akan lebih fokus kepada apa yang ditunjukkan. Jika kita membaca buku, mata akan terarah kepada tulisan yang dibaca. Jika kita hilang fokus, tentu bacaan tadi akan melompat-lompat ke sana-sini. Oleh itu, gunakan pen atau penunjuk ketika membaca agar mata sentiasa terarah kepada apa yang dibaca agar kamu mudah memahaminya.

√ Peta Minda
Tentu kamu cepat bosan apabila membaca buku yang tebal dan panjang isi kandungannya. Lebih merugikan jika apa yang kamu baca langsung tidak diingatkan dan difahami. Bagi mengelak perkara sebegini berlaku, cipta peta minda yang mudah untuk kamu. Gunakan pensel warna agar peta minda kamu nampak cantik dan menarik minat.

√ Buat Latihan
Setelah membaca, cuba kemampuan diri kamu dengan membuat latihan. Kebiasaannya, otak kita akan mudah mengingati selepas kita membaca. "Practice makes perfect", jadi sentiasa lakukan ulang kaji dan membuat latihan setelah membaca buku tersebut.

Tips UPSR


Tips Membuat Nota

Perkongsian hebat!
#TIPS MEMBUAT NOTA

Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% .Antara kelebihan membuat nota ialah:·

• Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan.· Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.·

• Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.·

• Memudahkan proses mengingat.Berikut adalah senarai langkah-langkah membuat nota yang baik· Membaca teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.·

• Mendapat kefahaman yang menyeluruh.· Nota yag dibuat mestilah mengikut teks dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil , bahagian-bahagian , pendapat-pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini perlu dihafal.·

• Menggabungkan syarahan pensyarah dan teks.·

• Membuat rujukan ketika perlu.·

• Gunakan buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan garisan-garisan berjalur.·

• Pastikan tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.· Gunakan teknik menggaris kata kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika perlu.

• Nota yang dibuat hendaklah ringkas dan padat.

PERINGATAN

Pelajar perlu bijak mengolah dan memanjangkan nota ini ketika peperiksaan. Di sini letaknya peranan kebolehan kita mengarang dengan baik dan peranan kefahaman yang jelas. Tanpa kefahaman dan kebolehan mengarang , bagaimanakah kita akan mendapat markah yang baik. Kerap kali pelajar yang bergantung kepada nota menjadi kaku di dewan peperiksaan dan gagal untuk mengingati kembali isi kandungan paelajaran yang dipelajari .Lebih dahsyat lagi , apabila dia hanya bergantung kepada nota tanpa membaca muzakkirat. Semoga pelaja-pelajar boleh mengaplikasikan untuk membuat nota-nota ringkas dan pendek. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. saya juga menggunakan perkara yang sama semasa menuntut di sekolah dan akhirnya keputusannya amat memberangsangkan.

Prinsip Itik Berenang Bagi Pelajar Cemerlang


Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah.

Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul?

Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka mencapai kejayaan.

Kita tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja, sama seperti itik yang sedang berenang. Itik kelihatan sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi sebenarnya di bawah permukaan air, kakinya bekerja keras mengayuh air agar ia kekal timbul di permukaan.

Mari kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah adik-adik semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?
SUDAH TENTU TIDAK!

Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan. Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu, usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan. Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan. Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari, “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni…tenggelam sajalah senang!” :-)

Jadi adik-adik semua, ada satu perkara penting perlu kita ingat hari ini.
Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.
Saya ucapkan Selamat Berjaya buat adik-adik semua dan Selamat Berenang!! :-)

Bagaimana menjadi sahabat yang baik ?



Salam hormat kepada semua.

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Terbinanya nilai sahabat yang baik sangat berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni. Ia adalah nilai peribadi seseorang, sebahagian dari buah akhlak yang berakarkan iman. Sebahagian dari tanda seorang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpotensi untuk menjadi pemimpin.

Oleh itu, bagaimanakah mahu menjadi sahabat yang baik?

1) Memberi salam terlebih dulu bila bertemu.

2) Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

3) Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.

4) Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

5) Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikan bererti menyimpan rasa dengki dan irihati.

6) Tidak menceritakan kejian dan celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7) Memberi perhatian yang sungguh-sungguh ketika dia bercakap. Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tak endah atau acuh tak acuh.

8) Tidak berbantah bantah atau berbalah balah lebih lebih lagi sehingga mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya diucapkan

9) Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang disukainya sama ada didepan atau dibelakangnya.

10) Melahirkan kegembiran apabila menerima pertolongan,hadiah atau jasa baik sahabat.

11) Tidak menyebut nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya atau keburukannya.

12) Tidak berburuk sangka terhadap sahabat. Memandang sikapnya dengan pandangan dan anggapan positif.

13) Memberi nasihat terhadap kesalahannya dan kelalaiannya.Tegur dan beri nasihat secara rashia dan berhikmah.

14) Sentiasa mendoakannnya sama ada dia masih hidup atau setelah meninggal dunia.

15) Menjalinkan kasih sayang hingga keakhir hayat.

16) Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia rasa terbeban.

17) Merasakan apa yang dirasainya sama ada susah atau senang. Gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesedihannya.

18) Berterima kasih di atas kebaikanya.

'Menjadi sahabat yang baik dan memiliki sahabat yang
baik adalah ciri ciri orang bertakwa'

sekian.

Ayat-ayat Motivasi


Senarai ayat2 motivasi, semoga memberi manfaat  :-)

1)  Jangan banyak berdalih tapi katalah boleh

2)  Seorang SAHABAT lebih baik dari seribu KAWAN

3)  1 kesalahan dapat menutup 10 kebaikkan, tapi adakah 1 kebaikkan dapat menutup 10 kesalahan?

4)  Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan  orang lain atas apa yang berlaku

5)  Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

6)  kejatuhan akan membakar semula semangat kita yang kian lumpuh

7)  Pengalaman adalah guru kepada kehidupan

8)  Jadilah lilin yang menerangi dunia ataupun jadilah cermin yang boleh membiaskan cahaya lilin itu

9)  Kekuatan manusia terletak pada akalnya.

10)  Orang bodoh tak kenal orang pandai sebab dia tak pernah pandai tetapi,orang pandai kenal orang bodoh sebab dia pernah bodoh

11)  kehidupan ini dipenuhi dengan seribu kemanisan tetapi untuk mencapainya perlukan seribu  macam pengorbanan