Showing posts with label LENGKAPKAN CERITA... Show all posts
Showing posts with label LENGKAPKAN CERITA... Show all posts

Impian Saya ( ..Akhiri Cerita Anda )



“... Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”  Akhiri karangan kamu dengan “Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”

Bunyi jam loceng mengejutkan saya pada pagi itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging di padang bola yang berhampiran. Saya perlu memantapkan fizikal saya untuk menghadapi kejohanan olahraga.

Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, hari kejohanan olahraga peringkat daerah semakin hampir. Di sampingitu, ibu bapa saya senantiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya.

Pada setiap petang, Cikgu Roy akan melatih saya teknik dan cara berlari. Saya berlatih bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru.

Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya bersemangat danyakin dengan persediaan yang dibuat. Namun demikian, saya perlu berhati-hati supaya dapat memulakan larian dengan baik.

Acara dimulakan, tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan penuh semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik.Saya menggenggam kad yang diberi oleh hakim penamat.

Selepas itu, saya merenung kad di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.

Tempat Tinggal Saya ( Melengkapkan Cerita )



“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...” Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...”

Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan.Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap para penggunanya yangbertanggungjawab dan berdisiplin.

Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Olehsebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman inimenjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.

Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur, jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Adakalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.

Saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Sehubungan denganitu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.

Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan beransur sepi. Sayadan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan,kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi.

Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduksetempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampusedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

Berkelah Di Hutan Lipur ( Cerita )



Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.

Pada hari minggu yang lalu, aku, Ravi, dan Kim Leng pergi berkelah di HutanLipur Lata Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak.Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.

Setelah sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang di sebuah pondokyang disediakan. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang yang mandi.

Ravi mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu,ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Ravi dan Kim Leng tidak mempedulikannya. Aku tidak mahu mengikut mereka.

Aku bersendirian mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat ini lebih selamat kerana aku tidak pandai berenang.

Tiba-tiba, aku terdengar suara Ravi menjerit meminta tolong. Aku lihat Ravi sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada seorang pemuda di situ, dia terus terjun dan menyelamatkan Ravi.

Ravi berasa amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas. Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu ... detik hatiku

Membantu Orang Tua ( Karangan Jenis Cerita )


Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. 

Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.

Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja.

Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.
Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya tadi.

Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

Melengkapkan Cerita

Tajuk : Hari ini cuaca sangat baik. Kamu masih bercuti persekolahan penggal kedua. Kamu bercadang hendak memancing ikan bersama-sama rakan baik kamu. Dalam perjalanan, kamu terlihat tiga orang lelaki sedang melakukan sesuatu. Gelagat lelaki-lelaki itu sungguh mencurigakan kamu. Ceritakan tindakan kamu seterusnya. Pagi ini cuaca amat baik. Matahari memancarkan cahayanya yang terang-benderang. Aku masih bercuti persekolahan penggal kedua.

Untuk mengisi masa lapang, aku mengajak rakan baikku, Kean Yun pergi memancing ikan. Setelah bersetuju, kami pun menyediakan peralatan memancing. Kami bercadang hendak memancing ikan di pinggir sebuah hutan.

Oleh sebab kedudukan tempat memancing tidak berapa jauh, kami berjalan kaki sahaja. Dalam perjalanan itu, kami berbual-bual dengan gembira.
Beberapa minit kemudian, kami lalu berhampiran sebuah rumah usang. Di rumah usang itu, kami melihat tiga orang lelaki sedang mengangkat barang-barang ke dalam rumah itu. Aku dan Kean Yun saling berpandangan. Siapakah mereka dan apakah barang-barang yang diangkat oleh mereka itu?

Kami mengesyaki lelaki-lelaki itu sedang melakukan sesuatu yang tidak baik lalu kami pun membatalkan rancangan untuk memancing. Kami pergi ke balai polis berhampiran untuk melaporkan apa yang yang kami lihat. Pihak polis pun pergi ke rumah usang itu. Setelah menyerbu masuk, mereka mendapati ketiga-tiga orang lelaki itu sedang menyembunyikan barang-barang curi. Ketiga-tiga orang lelaki pun ditahan setelah tidak sempat angkat kaki sebelum polis menawan mereka.


Pihak polis memuji tindakan kami. Kami telah mengambil tindakan yang betul. Cuti persekolahan kali ini sungguh bererti bagi kami.

Mimpi Yang Menakutkan

Malam itu cuaca agak terang. Bulan mengambang di awan. Aku berjalan seorang diri menuju ke rumahku. Aku baru pulang dari kedai kerana membeli gula untuk ibuku.

Semasa aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terasa angin bertiup lembut. Dari kejauhan, terdengar bunyi salakan anjing yang memanjang. Aku tidak menghiraukan keadaan itu. Aku cuba bernyanyi-nyanyi kecil untuk menghangatkan suasana yang mulai dingin.

Untuk tiba ke rumahku, aku perlu melalui sebuah rumah usang yang menurut cerita teman-temanku, berhantu. Aku tidak pernah mempercayai kata-kata mereka itu kerana sepanjang aku melalui kawasan rumah itu, aku tidak pernah terjumpa apa-apa. Aku mahu dikenali sebagai anak jantan dan tidak takut menghadapi sebarang cabaran.


Sebaik-baik sahaja aku melintasi rumah usang tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Aku agak hairan kerana cuaca yang tadinya baik, tiba-tiba hujan. Mahu tak mahu, aku terpaksa berteduh di rumah usang itu. Sebaik-baik sahaja aku melangkahkan kaki di hadapan rumah itu, tiba-tiba pintu hadapan rumah itu terbuka dengan sendirinya. Aku agak terkejut, namun aku mencuba memberanikan diriku.

Apabila aku memandang ke arah pintu tersebut, aku terlihat suatu lembaga yang sungguh hodoh melambai-lambai ke arahku. Kakiku menjadi kaku. Lembaga itu kian menghampiriku. Taringnya sungguh panjang. Kakinya tidak menjejak bumi. Dia seakan-akan hendak mencekikku. Aku pun menjerit sekuat-kuat hatiku.

Peluhku mengalir keluar dengan banyak. Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku pun membuka mata. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku hanya bermimpi.

Menyambung Cerita : Perkhemahan

Aku dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba salah seorang rakanku….

Aku dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba salah seorang rakanku menjerit, “Mastura pengsan!”….

Aku dan Jamiah tergamam seketika. Kami meghampiri Mastura. Muka Mastura kelihatan pucat dan tidak bermaya. Kami segera memapah Mastura dan membawanya ke bawah pokok. Aku menyuruh Jamiah mengambil kotak ubat yang kami bawa.

Aku pasti Mastura pengsan kerana keletihan. Aku membuka butang bajunya, sambil mengipas-ngipaskannya. Jamiah mengeluarkan minyak angin lalu menyapukannya di bahagian kepala dan lehernya. Lima minit berlalu, namun Mastura masih belum sedar.

Aku dan Jamiah segera melaporkan hal tersebut kepada Cikgu Zaki yang berada di khemah utama. Cikgu Zaki mengambil keputusan untuk membawa Mastura ke hospital.

Sampai di hospital , aku memberitahu doktor mengenai kejadian yang menimpa Mastura. Mastura telah dibawa ke unit rawatan rapi. Aku berdoa semoga Mastura akan selamat.

Sepuluh minit kemudian, doktor yang merawat Mastura menepuk-nepuk bahuku sambil menyatakan bahawa Mastura pengsan kerana masalah pernafasan. Mujurlah dia mendapat pertolongan segera. Aku bersyukur kerana Mastura selamat. 

Menyambungkan cerita 1

Soalan:
Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba-tiba...


Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ...

Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku mempercepat langkah . Ada murid sekolah kemalangan .

Hatiku berdebar, rasa-rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Aku berlari mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku.

Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital . Aku melihat kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya.Alya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku menelefon ibu bapanya .

Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka. kemudian, seorang doktor keluar . Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah.

Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat . Seterusnya , aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian. Aku meminta kebenaran untuk menemani ibu bapa Alya.

Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi riuh rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital. aku melihat kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka menyatakan Alya sudah meninggal dunia.

Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya. Benar, Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi, dengan tidak disangka-sangka…

Lengkapkan cerita di atas.


Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi, dengan tidak disangka-sangka ayah terdengar bunyi pintu dibuka ‘krek……’ . “Siapa di dapur!” ayah bersuara. “Kali ini nahas aku,” bisik hati kecilku.

Aku terus menuju ke bilik air. Belum sempat aku membuka pintu, ayah telah tercegat di depanku. “Zali pergi ke mana tadi? Kenapa tak beritahu ayah dan ibu? Kenapa?!…” Aku terpaku, terkunci mulutku untuk berkata-kata, membisu seribu bahasa.

Ayah terus berkhutbah. “Lain kali kalau hendak pergi kemana-mana beritahulah kepada ayah atau ibu. Budak baik patut meminta kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah supaya tidak menimbulkan kerisauan kepada orang tua”.

“Ayah dah tahu segala-galanya, tak payahlah Zali hendak beri alasan lagi. Tadi kawan ayah telefon, nampak Zali dengan kawan-kawan sedang melepak di pasaraya”. Ayah terus menyerangku.

Kini giliran ibu pula, “Zali memang suka membuang masa. Bukankah lebih baik Zali duduk di rumah mengulangkaji pelajaran, lagipun UPSR sudah hampir benar. Zali ingat, mudah untuk mendapat 5A? Pergi mandi! Jangan buat lagi”.

Selepas mendengar kata-kata ayah dan ibu, aku pun mengakui kesalahan aku dan segera meminta maaf kepada ayah dan ibu. Mereka tersenyum lalu mengusap kepala aku. Kini, aku telah insaf. Aku berjanji tidak akan melakukan kesalahan seperti itu lagi.

Melengkapkan Cerita : Jeritan Meminta Tolong

Kamu dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba kamu terdengar jeritan meminta tolong.
Tulis tindakan kamu seterusnya.

Aku tercari-cari arah suara itu. Akhirnya pandanganku tertumpu ke arah Darsan. Aku melihat dia terkapai-kapai dibawa arus. Aku tergamam seketika, memikirkan langkah terbaik untuk menyelamatkan Darsan.

Aku ,Ravi, dan Leong tidak banyak pilihan.Antara kami bertiga hanya aku sahaja yang boleh berenang. Aku mengarahkan Ravi dan Leong mencari tali sementara aku terus terjun ke dalam sungai.

Aku cuba menarik Darsan yang sudah kelemasan, namun arus sungai yang deras telah menggagalkan usahaku. Aku dan Darsan terus hanyut. Namun begitu dengan kemahiran berenang yang aku miliki, aku masih mampu mengawal diriku daripada terus hanyut.

Beberapa minit kemudian, Ravi dan Leong yang bertindak pantas mengambil tali di tapak perkhemahan berjaya melontarkan tali ke arahku. Dengan sepenuh tenaga Ravi dan Leong menarik aku dan Darsan. Akhirnya mereka berjaya menarik aku dan Darsan ke tebing.

Darsan sudah tidak bermaya. Kami semakin cemas.Nasib baik aku pernah mempelajari cara memberi pertolongan cemas. Beberapa minit kemudian Darsan mulai sedar. Dengan bantuan beberapa orang pemuda yang kebetulan baru sampai, Darsan dikejarkan ke hospital.

Berikutan kejadian itu, kami sepakat membatalkan perkhemahan itu. Sebaliknya, kami berkemas untuk pulang dan menziarahi Darsan di hospital. Walaupun peristiwa itu sudah hampir setahun berlalau, namun peristiwa itu masih segar dalam ingatanku hingga ke hari kini.

Melengkapkan cerita: Menolong Nurul

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....


***   ***   ***   ***   ***

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan membawanya pulang.

Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan gembira dengan pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku di bawah terik cahaya matahari menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 5 kilometer dari situ. Walaupun memenatkan kerana terpaksa mengayuh basikal lebih berat daripada hari-hari biasa tetapi aku gembira kerana dapat menolongnya.

Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku memberhentikan basikalku lalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum masuk ke rumahnya. Selepas itu, aku terus menuju ke rumahku yang hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan gembira akan sikapku itu. Kata ayahku. "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....

***   ***   ***   ***   ***

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri  ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba .....


***   ***   ***   ***   ***

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.

Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta.

Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.

Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.

Melengkapkan cerita: Serina Demam PanasTiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku .... *** *** *** *** *** Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut. Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus. Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka. Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku. Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat. Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad. Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....


***   ***   ***   ***   ***

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut.
Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.

Menyambung Cerita: Anita Terkena Jerat

Keseronokan meneroka Hutan Simpan itu menyebabkan kami lupa akan kepenatan yang kami alami. Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit…

Mulakan cerita kamu dengan, ‘Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit…’



--------------------------------------------------------------------------------


Rangka karangan:
- terpijak jerat
- badannya tergantung di atas pokok
- cikgu mententeramkan Anita.
- cikgu meniliti jerat
- punca ikatan dijumpai
- murid diminta menyambut Anita
- murid lain memegang tali yang akan dihuraikan
- kami bersyukur kerana Anita selamat.


----------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami semua amat terkejut lantas menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya apabila terlihat Anita terbuai-buai pada seutas tali yang tergantung pada sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah, kami terus berlari menghampirinya. Rupa-rupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat yang mungkin dipasang oleh pemburu.

Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lilitan jerat tersebut. Cikgu Ali segera mententeramkan Anita kerana bimbang kaki Anita akan tercedera teruk.

Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan melepaskan Anita. Akhirnya, kami menemui punca ikatan jerat itu yang diikat pada pangkal pokok tersebut. Anita boleh diturunkan dengan melepaskan ikatan itu nanti.

Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung untuk menyambutnya. Manakala beberapa orang murid lagi diminta untuk memegang tali yang akan dihuraikan oleh Cikgu Ali supaya Anita dapat diturunkan dengan perlahan-lahan.

Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu dengan berhati-hati. Kemudian, Anita diturunkan dengan perlahan-lahan. Akhirnya, Anita berjaya diturunkan dengan selamat.

Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian, Cikgu Ali meminta kami berwaspada kerana di dalam hutan begini, banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku.