Showing posts with label KURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label KURIKULUM. Show all posts

Info - Tiga Subjek Baru Murid Darjah 4 Tahun Sesi 2014

Bermula tahun 2014, Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan tiga subjek baru dalam kurikulum untuk murid darjah 4 di semua sekolah kebangsaan. Murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan.


1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2.  Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

3. Subjek Sejarah
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

Ketiga-tiga subjek ini akan diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sesuai dengan hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Apa itu MBMMBI ?

Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.

Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI
Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris


Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.


Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI
  1. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.
  2. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.
  3. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
  4. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
  5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
  6. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
  7. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
  8. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.
  9. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
  10. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
  11. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN







Tarikh : 21 Ogos 2009
Hari : Jumaat

MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA UPSR









Tarikh : 20 Ogos 2009
Masa : 5.00 Petang (Khamis)
Ketua Bacaan : Ustaz Ahmadal Bawani bin Zainal Abidin (SK.Methodist ACS)










Pertandingan Rekoder







Pada Hari Khamis 23 April 2009 bertempat di SJK(C) Chung Cheng telah diadakan Pertandingan Rekoder.



Kem Bestari Solat
















Pada 18.4.2009 (Sabtu) telah diadakan Kem Bestari Solat bagi murid tahun 1 yang terlibat dengan program j-QAF.Fasilitator Kem ini ialah Ustazah Saadatul Arfah,Ustazah Aida S dan Ustazah Hayati.






LAPORAN AKTIVITI PEND AGAMA ISLAM

2.PERTANDINGAN TADARUS SARINGAN DAERAH MANJUNG

Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 2.00 petang – 6.00 petang
Tempat : SK.Muhammad Saman

Kategori yang dipertandingkan ialah Hafazan,Tilawah dan bercerita.Seramai 6 orang murid terlibat.Antara murid yang menyertai ialah Mohamad Irshad bin Sathiq Noor (Hafazan) Nur Aiman Fakhri b A. Manaf Thn 6 Gemilang (Hafazan) Muhammad Asyraf b Mohd Idrus (Tilawah) Wan Muhamad Syafiq b Wan Kamarul Azran Thn 6 Gemilang (Tilawah) Ameerul Syafiq b Muhammad Ensalie Thn 4Gemilang (Bercerita) dan Mohammad Danial bin Azizi Thn 4 Gemilang (Bercerita).

Seramai 42 buah sekolah terlibat.Hanya 10 peserta dari setiap kategori sahaja yang melepasi saringan ini berjaya ke peringkat Daerah yang akan diadakan di SK Seri Bayu pada 14 Mac 2009 (Sabtu)


3. PERTANDINGAN MAHRAJAN KESENIAN ISLAM SARINGAN DAERAH MANJUNG

Tarikh : 4 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : SK Seri Sitiawan,Manjung

Kategori yang dipertandingkan ialah Nasyid seramai 9 orang dan seorang simpanan, bacaan rawi dan tulisan jawi khat.Tulisan Jawi khat layak keperingkat Daerah yang akan dipertandingkan di SK Seri Bayu pada 14 Mac 2009 (Sabtu)

Nasyid :
1. Zul Ariff bin Zulkifli (ketua)
2. Muhammad Asyraf b Mohd Idrus (pemain bonggo)
3. Mohamad Irshad b Sathiq Noor
4. Muhammad Shahmi b Fadzil
5. Muhammad Syamim b Fadzil
6. Muhammad Azizul Hakim b Zubir
7. Muhammad Zharif b Ishak
8. Syafiq Asyraf b Ishak
9. Wan Muhamad Syafiq b Wan Kamarul Azran
10. Muhammad Ariff b Noor Azman Shah (simpanan)

Bacaan Rawi
1. Muhammad Zaqri bin Saidin
2. Nur Faiz Hakim b Nazari


Tulisan Jawi/Khat

1. Muhammad Asyraf b Mohd Idrus
2. Mohamad Irshad b Sathiq Noor


4. FESTIVAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DAERAH MANJUNG

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : SK.Seri Bayu

Sekolah-sekolah yang terpilih sahaja daripada 10 buah sekolah yang melepasi saringan di SK Mohd Saman dan SK Seri Sitiawan menyertai.SK St Francis hanya menghantar wakil dalam tulisan jawi/khat seramai 2 orang.Mereka ialah Muhammad Asyraf b Mohd Idrus
dan Mohamad Irshad b Sathiq Noor.

Keputusan pertandingan ini ialah :
1. Tilawah Al Quran (L)
Tempat pertama : SK Ladang Huntly 88%
Tempat kedua : SK Lekir 86%
Tempat ketiga : SK Nakhoda Mohd Taib 70%

2. Tilawah Al Quran (P)
Tempat pertama : SK Dato’ Sri Kamaruddin 80%
Tempat kedua : SK Pangkalan TLDM 77%
Tempat ketiga : SK Ayer Tawar 75%

3. Hafazan (L)
Tempat pertama : SK Gangga 74%
Tempat kedua : SK Seri Selamat 67%
Tempat ketiga : SK Seri Manjung 66%

4. Hafazan (P)
Tempat pertama : SK Sungai Wangi 88%
Tempat kedua : SK Gangga 79%
Tempat ketiga : SK Seri Manjung 72%

5. Bercerita Kisah Al Quran (L)
Tempat pertama : SK Seri Selamat 94%
Tempat kedua : SK Sungai Tiram 91%
Tempat ketiga : SK Seri Manjung 90%

6 Bercerita Kisah Al Quran (P)
Tempat pertama : SK Lekir 92%
Tempat kedua : SK Seri Manjung 90%
Tempat ketiga : SK Seri Selamat 89%


7. Rawi (L)
Tempat pertama : SK Ladang Huntly 91%
Tempat kedua : SK Lekir 82%
Tempat ketiga : SK Nakhoda Mohd Taib 80%


8. Rawi (P)
Tempat pertama : SK Dato’ Sri Kamaruddin 92%
Tempat kedua : SK Kg Kota 87%
Tempat ketiga : SK Ayer Tawar 85%


9. Tulisan Jawi (L)
Tempat pertama : SK Seri Bayu
Tempat kedua : SK Pangkalan TLDM
Tempat ketiga : SK Batu 10


10. Tulisan Jawi (P)
Tempat pertama : SK Pangkalan TLDM
Tempat kedua : SK Sungai Wangi
Tempat ketiga : SK Kg Dato’ Sri Kamaruddin

11. Nasyid
Tempat pertama : SK Seri Sitiawan 84.25%
Tempat kedua : SK Pangkalan TLDM 71.25%
Tempat ketiga : SK Dato’ Sri Kamaruddin 65.75%