Meteorite
terbesar pernah direkodkan mendarat di Hoba, Namibia, Afrika sekitar
80,000 tahun lampau dan dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 200 juta
tahun. Meteorite ini mengandungi unsur-unsur yang tidak terdapat di Bumi
kita.
Sempena
dengan nama tempat pendaratannya, Meteorite Hoba awalnya ditemui oleh
seorang petani bernama Jacobus Hermanus Brits pada tahun 1920. Ketika
beliau mengerjakan ladang di belakang rumah, tiba-tiba bajaknya terkena
sesuatu benda keras seperti besi. Menyedari keanehan benda tersebut,
Brits menggalinya dan mendapati seketul meteorite seberat 60 tan
tertanam kukuh di dalam tanah.
Bukan
sahaja sebagai meteorite terbesar, Meteorite Hoba juga merupakan
ketulan besi paling besar sekali terdapat di permukaan bumi. Ia
mengandungi 82.4% besi, 16.4% nikel, 0.76% kobalt dan 0.04% phosphorus.
Ini bermakna secara saintifiknya ia juga digelar sebagai 'nikel-rich
ataxite'. Selain itu, ia juga dikesan mengandungi mineral asing seperti
Triolite.
Meteorite
Hoba bersaiz 9 kaki 8 inci panjang dengan kelebaran 9 kaki 4 inci.
Ketebalannya pula ialah 2 kaki 5 inci ke 3 kaki 11 inci.
Kehadiran
Meteorite Hoba terus meninggalkan misteri kerana kesan hentamannya
tidak menimbulkan kawah di permukaan tanah. Saintis masih bingung
bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi. Ada teori mengandaikan
bentuk meteorite ini menyebabkan kelajuannya berkurangan ketika memasuki
atmosfera bumi lalu terhempas seperti sekeping batu pipih jatuh ke
permukaan air.
Meteorite
Hoba telah diisytiharkan sebagai monumen negara oleh kerajaan South
West Africa pada tahun 1955. Pada tahun 1985 pula, syarikat Rossing
Uranium telah memberi sumbangan kepada kerajaan Namibia bagi
melaksanakan langkah-langkah mencegah vandalisme ke atas meteorite ini.
Tahun 1987, pemilik ladang telah menderma tapak tanah ladangnya kepada
kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan. Hingga ke hari ini,
Meteorite Hoba terus dikunjungi pelawat-pelawat dari serata dunia.
0 comments:
Post a Comment