Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum


Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan untuk membentuk pelajar kretif, progresif, dinamis, berdaya saing dan berwawasan. Kegaiatan yang merangkumi persatuan,Unit Uniform serta sukan dan permainaan untuk murid tahun tiga hingga tahun enam ini dijalakan selama dua jam seminggu. 

Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini banyak feadahnya.Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara berpasukan.Hasilnya setiap agenda yang diusaha menjimatkan masa,tenaga dan material. 

Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah,selain membolehkan pelajar memartabatkan ilmu dan mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga akan melahirkan individu yang tegas,beretika dan cekal dalam menangani kemelut seharia.

Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan yang memanfaat,lantas menghindari kita daripada sebarang pengaruh yang begitu negatif. Malahan,kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri,yang memungkinkan seseorang pelajar bertindak secara solo. 

Menyedari hakikatnya tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan kemahiran kretif,penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk personaliti dan sahsiah setiap pelajar untuk mengharungi pelbagai oral kehidupan.

0 comments: