Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi
gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku
yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam
tanda marah.
Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu
Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan
kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan
kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.
Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku
diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih
gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja
pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu
yang melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku
menangis.
Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di
sekolah tadi. Aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas
merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya
menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut.
Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.
Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya.
Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke
hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya
menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku
RM5.00.
Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun
peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku
sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain aku
dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh
Cikgu Rahman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment