Di hujung kampung ada seorang petani tua. Dia tinggal
bersama-sama dengan isterinya yang sudah uzur. Mereka ada lima orang anak
lelaki. Anak-anak lelaki mereka sudah besar tetapi mereka malas bekerja.
Mereka mahu makan sahaja.Petani itu sangat risau tentang
anak-anaknya. Anak-anaknya sering berdengki dan selalu bergaduh.Pada suatu
hari, petani itu dapat suatu akal. Dia memanggil anak-anaknya. Dia menasihati
anak-anaknya.
Petani itu memberi sebatang lidi kepada setiap orang anaknya.
Dia menyuruh anak-anaknya mematahkan lidi itu. Semua anak-anaknya dapat
mematahkan lidi itu. Kemudian, petani itu mengambil pula seberkas lidi. Dia
berikan kepada tiap-tiap orang anaknya. Dia menyuruh anaknya mematahkan lidi
itu. Mereka tidak dapat mematahkan seberkas lidi itu.
"Kamu ibarat sebatang lidi. Senang sahaja
dipatahkan," kata petani itu."Kalau kamu bermuafakat seperti lidi
seberkas, kamu tidak akan dikalahkan oleh orang lain," nasihat petani itu
lagi.Anak-anaknya berbaik-baik semula.
Mereka bermuafakat menolong ibu bapa mereka. Mereka membuat
kerja bersama-sama.Ternakan mereka semakin banyak. Ladang mereka subur. Petani
itu sangat gembira kerana anak-anaknya sudah saling bantu membantu dan tidak
bergaduh seperti peribahasa “
Bersatu teguh Bercerai Roboh”
0 comments:
Post a Comment