MENIRU UNTUK #BERJAYA
Semua orang nak
berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik untuk
berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara
orang yang telah berjaya.
Bayangkan, kalau kita lihat seorang
tukang masak berjaya memasak seperiuk pengat durian, kita juga tentu
boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita tiru bulat-bulat apa
yang dilakukan oleh tukang masak itu.
Kalau dia letak 250g gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2
biji durian, kita guna 2 biji durian juga. Jadi, agak mustahil kalau
kita tidak mendapat hasil yang sama.
Nak berjaya dalam
pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar. Jangan tiru
jawapan mereka semasa peperiksaan pula!
Tiru cara mereka fokus
kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka untuk berjaya.
Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk mencapai
kejayaan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment