Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 702H atau 1303M, manakala tulisan Rumi yang paling awal
ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi
telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan
Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
semasa penguasaan British. Kini tulisan ini
digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang
kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Papan iklan di Jalan Tok Hakim, KB |
Pada
zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat.
Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran,
adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam
perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Nama-nama hari dalam tulisan Jawi
Isnin اثنين
Selasa ثلاثRabu رابوKhamis خميسJumaat جمعةSabtu سبتوAhad احد
Tulisan
jawi kini semakin terpinggir di bumi sendiri semenjak huruf roman
diperkenalkan untuk menggantikannya selaras dengan perkembangan
teknologi dan juga pengaruh Inggeris terhadap orang Melayu-Islam.
Kini
amnya, tulisan jawi terhad penggunaannya dalam kalangan mereka yang
berada dalam institusi agama Islam, seperti para ulamak, guru-guru agama
dan pegawai tadbir jabatan agama Islam. Malahan, penerbitan Utusan
Zaman seminggu sekali dan hanya menjadi sisipan Utusan Malaysia
menandakan merudumnya penggunaan tulisan jawi.
0 comments:
Post a Comment