AYUH BINA #KEYAKINAN #DIRI!
Tidak
semua orang dilahirkan dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Namun, tahukah kamu sebenarnya keyakinan boleh dibina dan digilap? Ayuh
bina keyakinan diri bersama REMAJA!
1) Kenal pasti keistimewaan diri
Cuba peka dengan kemahiran yang kamu ada kemudian katakan pada diri
sendiri. Contohnya seperti “aku memang minat dan pandai memasak, jadi
apa sahaja yang berkaitan dengan dapur
aku tahu”. Jika kamu kerap melakukan seperti ini lama kelamaan kamu
mempunyai satu keberanian dan keyakinan terhadap diri kamu sendiri.
2) Pasang azam untuk kejayaan
Mula pasang azam untuk sesuatu kejayaan kerana keyakinan diri juga
boleh dijana daripada sesuatu kejayaan selain daripada memotivasikan
diri.
3) Buat sesuatu yang kamu suka & selesa
Bila
kamu lakukan sesuatu atas dasar suka dan ikhlas, pasti kamu tidak akan
teragak-agak dan secara tidak langsung pasti keyakinan itu akan muncul!
4) Sebut pekara positive
Elakan daripada berkata sesuatu yang negatif atau mampu menjatuhkan
emosi kamu. Cuba yakinkan diri dengan pekara-pekara yang positif seperti
“Aku tau aku mesti boleh buat!”.
5) Percaya pada diri sendiri
Pokok pangkalnya, walaupun kamu senaraikan 10 kebaikan dan kelebihan
yang kamu ada tetapi jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri tiada
gunanya. Oleh itu, belajar mempercayai diri sendiri dan kemampuan yang
kamu ada.
_____________________
Sumber: Remaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment