Anda telah menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan pengalaman
anda menangani situasi tersebut.
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa kebakaran yang
berlaku pada bulan lepas. Setiap kali membaca akhbar tentang kejadian kebakaran
fikiran ini terus teringat akan kejadian itu. Masalah ini berterusan kerana aku
terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut.
Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad
minggu terakhir pada bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di satu simpang
jalan menuju ke arah rumahku. Tiba-tiba sahaja, aku terdengar jeritan orang
ramai meminta pertolongan kemudian perkataan api berulang kali pula
berkumandang. Rupa-rupanya, jeritan itu datangnya dari sebuah rumah di deret
rumah yang berada di tepi jalan itu.Tanpa membuang masa, aku segera menelefon
pihak bomba dengan menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi.
Kemudian, aku menuju ke rumah yangsedang terbakar itu.
Ketika aku sampai, sudah ada beberapa jiran yang sibuk
mengangkat keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut. Aku membantu
mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk melihat sahaja.Kemudian
kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu pantas bertindak kerana
dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja api yang sedang marak dibahagian atas
rumah itu sudah berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut jiran- jiran, kebakaran
itu berlaku akibat litar pintas.
Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran dengan
segera membuat panggilan kepada pihak bomba. Semua penghuni rumah itu dalam
keadaan selamat. Hanya bahagian atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku difahamkan
jiran-jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran
itu
0 comments:
Post a Comment