Semasa di kedai runcit kamu bertemu dengan rakan yang sedang membeli banyak makanan ringan. Kamu menasihatinya tentang bahaya makanan tersebut. Tuliskan perbualan kamu itu.
CONTOH KARANGAN:
Salim: Apa khabar Rosli? Apa yang awak beli tu?
Rosli: Khabar baik. Oh, awak Salim! Saya nak beli
makanan ringan ni.Saya suka makan makanan ringan, rasanya sedap. Awak pula
nak beli apa?
Salim: Saya nak beli tepung gandum kerana mak saya
nak buat kuih.Saya tidak suka makan makanan ringan kerana tidak baik banyak
memakan makanan ringan. Cikgu kata makanan ringan mengandungi banyak bahan
kimia seperti bahan perisa dan bahan pewarna. Manakala kandungan gula dan garam
di dalamnya juga tinggi.
Rosli: Apa akan jadi kalau kita makan terlalu
banyak makanan ringan?
Salim :Ia akan menyebabkan penyakit seperti darah
tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Jika terlalu banyak makan, dalam
jangka masa yang lama kita akan terkena penyakit.
Rosli: Tetapi iklan makanan ringan itu sungguh
menarik. Betul tak?
Salim: Kita jangan terpengaruh dengan iklan-iklan
tersebut. Itu hanya untuk melariskan jualan kerana pengilang hanya pentingkan keuntungan
sahaja dan mereka tidak hiraukan kepentingkan sertakesihatan pengguna.
Rosli: Kalau begitu makanan ringan ni memang tidak
berkhasiat danmembahayakan kesihatan.
Salim: Betul tu.
0 comments:
Post a Comment