Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir semua pejabat malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalani kehidupan hariannya. Jadi, apakah peranan-peranan komputer yang sebenarnya
Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi
pendidikan pelajar disekolah. Kalau kita lihat sudah ada banyak halaman web
yang menjadikan subjek pelajaran sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama
penggunaan komputer yang semakin meluas dalam kalangan guru ketika mengajar
pelajar. Olehitu, komputer berperanan untuk mendidik pelajar dengan kaedah yang
lebih mudah dan menarik
Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudakan
hubungan antara manusia terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal
berjauhan dengan anak mereka kerana anak melanjutkan pelajaran di luar negara
boleh menggunakan program tertentu di komputer untuk berkomunikasi lalu
menjalin hubungan rapat dengan anak mereka.
Jadi, komputer
memastikan hubungan antara sesama manusia itu terus berlaku walaupun faktor
geografi memisahkan mereka.Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk
mendapatkan apa-apa maklumat terkini dengan cara yang pantas serta mudah. Semua
maklumat sudahsiap wujud di dalam rangkaian internet yang boleh diakses
menerusi komputer dimana-mana tempat pun di dunia ini. Jelaslah, komputer
membolehkan seseorang itu memperoleh maklumat yang betul lalu tidak melakukan
kesilapan dalam keputusannya.
Konklusinya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih
selesa dan mampu mencapai satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah
bekerjasama untuk memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan
masyarakat.Rakyat negara ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan
masyarakat luar.
0 comments:
Post a Comment