#TIP #BELAJAR: BUKAN ASAL BACA, MESTI ADA STRATEGI
Oleh: Editorial Remaja
Nak baca buku mestilah ada strategi. Jika tidak , tentu kamu sukar
untuk memahami isi kandungan buku tersebut . Kamu tentu pernah mengalami
situasi di mana bertimbun-timbun buku yang kamu baca , namun satu pun
kamu tidak faham . Jadi, jom ikuti tip daripada REMAJA agar kamu mudah
memahami apa yang dibaca dan informasinya diingat selalu .
√ Tanam Semangat
Mulakan membaca dengan penuh bersemangat dan jangan malas. Tanamkan
semangat dalam diri untuk memahami apa yang kamu baca. Jangan hanya
berangan-angan akhirnya buku ditinggalkan tanpa dibaca. Walaupun buku
yang dibaca itu agak bosan, tanamkan tujuan kamu membaca untuk berjaya
dalam peperiksaan.
√ Baca Perlahan-Lahan
Mulakan membaca
keseluruhan buku secara perlahan. Jangan terkejar-kejar untuk
menghabiskan sebuah buku tanpa pemahaman yang betul. Perlahankan suara
ketika membaca dan jangan membaca dengan kuat kerana otak kamu tidak
dapat menyerap bunyi yang bising. Selain mengganggu orang lain, ia juga
akan melambatkan proses pembacaan kamu.
√ Gunakan Pen
Mata
kita kebiasaannya akan lebih fokus kepada apa yang ditunjukkan. Jika
kita membaca buku, mata akan terarah kepada tulisan yang dibaca. Jika
kita hilang fokus, tentu bacaan tadi akan melompat-lompat ke sana-sini.
Oleh itu, gunakan pen atau penunjuk ketika membaca agar mata sentiasa
terarah kepada apa yang dibaca agar kamu mudah memahaminya.
√ Peta Minda
Tentu kamu cepat bosan apabila membaca buku yang tebal dan panjang isi
kandungannya. Lebih merugikan jika apa yang kamu baca langsung tidak
diingatkan dan difahami. Bagi mengelak perkara sebegini berlaku, cipta
peta minda yang mudah untuk kamu. Gunakan pensel warna agar peta minda
kamu nampak cantik dan menarik minat.
√ Buat Latihan
Setelah membaca, cuba kemampuan diri kamu dengan membuat latihan.
Kebiasaannya, otak kita akan mudah mengingati selepas kita membaca.
"Practice makes perfect", jadi sentiasa lakukan ulang kaji dan membuat
latihan setelah membaca buku tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment