Aku Sebuah Televisyen

Jenama komersialku menjadi pilihan global seluruh pengguna masa kini. Aku bangga dengan namaku, Sony. Gambarku yang cerah dan berkualiti menyebabkan aku menjadi pilihan pertama pengguna.

Pada suatu hari, aku telah dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka bersetuju membeli aku dengan harga RM2200.00 secara tunai. Harga tersebut tidaklah terlalu mahal bagi mereka. Aku pun dibawa pulang.

Setiap hari aku menemani mereka. Aku berkhidmat menyampaikan berita dan maklumat terkini lagi sensasi. Pada hujung minggu pula, aku sibuk melayan kerenah mereka. Mereka memilih siaran Astro mengikut selera mereka, letihnya badanku.

Pada suatu hari aku disambar petir. Jantungku tiba-tiba meletup, sebahagian badanku terbakar. Aku terkulai layu, tidak bermaya lagi. Sungguh malang nasibku. Aku dihantar ke satu tempat untuk menerima rawatan.Kecederaan yang kualami terlalu parah.Aku memerlukan kos rawatan yang agak tinggi.

Tuan aku membuat keputusan untuk menggantikan aku dengan rakanku yang baru. Nampaknya, sampai di sini sahajalah khidmatku, selamat tinggal.

0 comments: