1. PANTUN
Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi
a. Milik melayu asli.
Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang
lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali
lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat,
lapan kerat, berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal
di kalangan orang tua, orang muda dan
kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang,
nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan
berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara
halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu
Ciri-ciri kelebihan pantun
a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang
lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah
membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan
dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi
tidak demikian dalam puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair
seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.
Kepentingan pantun
a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi
mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa
berirama dll.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan)
puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam
ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.
2. SYAIR
Definisi
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan
setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan
maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias
ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau
dongeng.
1. ciri-ciri bentuk Syair
a. Merupakan puisi terikat.
b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris.
Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair
itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai
pembayang seperti pantun. Cerita dalam
setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu
rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut
c. Perkataan :
bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
d. Sukukata :
Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam
sebaris
e. Rima: Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu
a/a/a/a
3. GURINDAM
1. Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :
Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam
serangkap. Setiap baris dalam rangkap
merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap
berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua
dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran
atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa
yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
c. Perkataan : jumlah
perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata : julah
sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
4. SELOKA
1. ciri-ciri bentuk
a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat
b. Rangkap : Bilangan
baris dalam serangkap tidak tetap
c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak
tetap.
d. Sukukata : jumlah
sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
e. Rima : Rima
akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.
0 comments:
Post a Comment