“Makcik Leha mana kasut Siti?”tanya Siti Zuriah kepada
pembantu rumahnya.” “Saya tidak tahu cik”balas pembatu rumah Siti dengan
lembut. Leha nama panjangnya Zaleha pembantu rumah Puan Asyikin dan Encik Amran
iaitu ibu dan ayah kepada Siti Zuriah. Makcik Leha berasal dari Indonesia telah
berkerja dengan Puan Asyikin dan Encik Amran selama 9 tahun. Siti Zuriah pula
berumur 11 tahun. Di sekolah, dia ditempatkan di kelas yang terakhir kerana dia
seorang yang pemalas. Tiba-tiba Puan Asyikin keluar dari dapur dan berjalan
menuju ke arah Siti sambil berkata “semalamkan Siti letak kasut Siti di pintu
dapur kemudian bergegas pergi minum air sebab terlalu haus.” Siti Zuriah teringat
akan kejadian semalam dia terlupa membawa air ke sekolah dan pada waktu balik
dia segera ke dapur mengikut pintu belakang untuk mendapatkan air daripada
ibunya. Dia pun secepat kilat berlari menuju ke dapur untuk mendapatkan kasut
sekolahnya kerana takut didenda kerana terlambat ke sekolah. Setelah siap, Pak
Mat menghantar Siti kesekolah dengan menaiki kereta mewah yang cantik warnanya
maklumlah Siti anak orang kaya.
Setibanya di sekolah Siti berjumpa kawan rapatnya Nur Hanis
untuk meniru kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. Hanis seorang budak yang
nakal sama seperti Siti tetapi Hanis lebih pandai dari Siti. Selesai meniru
Siti dan Hanis bersama kawan-kawan mereka yang lain bermain di dalam kelas.
Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pelajaran akan bermula. Mereka tidak
menghiraukan bunyi lonceng tersebut. Tidak terdetik langsung dihati mereka
untuk segera beratur. Cikgu Mariam selaku guru besar disekolah itu nampak
kelakuan mereka dia segera menuju kearah mereka. Cikgu Mariam memanggil kesemua
mereka dan dia merotan telapak tangan mereka sebanyak tiga kali. Murid-murid di
sekolah itu kebanyakannya takut dengan Cikgu Mariam kerana Cikgu Mariam
terkenal seorang yang garang termasuklah Siti Zuriah.
Matapelajaran matamatik akan dimulakan ia adalah
matapelajaran yang paling dibenci oleh sesetengah murid kelas 5 Angerik iaitu
kelas yang diduduki oleh Siti Zuriah. Hari ini Cikgu Maimunah guru
matapelajaran matamatik tidak hadir ke sekolah kerana sakit dan akan diganti
oleh Encik Mahmud yang dikenali sebagai guru yang garang dan tegas. Siti Zuriah
paling gerun apabila belajar dengan Encik Mahmud. Hari ini juga akan diadakan
ujian bulanan bagi bulan Januari. Siti Zuriah langsung tidak mengendahkan ujian
itu dia merasakan ujian itu tidak penting buat dirinya. Pada ujian bulanan
sebelum ini, Siti memang gemar menggangu rakannya tetapi pada hari ini dia
tidak mengganggu rakannya kerana Encik Mahmud selalu memerhatikannya. Waktu
ujian bagi matapelajaran matamatik hampir tamat tetapi Siti masih belum menyelesaikan
kertas ujian itu dia cuma menconteng kertas ujian itu dan melukis gambar
kartun. Setelah ujian tamat Encik Mahmud pun mengutip kertas ujian dari
murid-murid kelas itu. Setelah habis mengutip kertas ujian, dia pun keluar dari
kelas, sebelum itu ketua kelas telah mengucapkan terima kasih dan diikuti
seramai 34 orang murid.
Matapelajaran seterusnya akan bermula. Ayuni adalah seorang
murid yang pendiam di dalam kelas itu, dia selalu diganggu oleh beberapa orang
murid termasuk Siti. Setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula,
Ayuni akan ke kantin bersama teman baiknya iaitu Tasya dan Masliyana yang juga
baik tingkah lakunya. Mereka dimasukkan ke kelas itu kerana gagal dalam
matapelajaran Sain dan Bahasa Ingeris pada tahun lepas. Masliyana dan Tasya
juga sering diganggu oleh Siti dan kawannya.
Pada waktu balik, Siti akan dijemput oleh Pak Mat. Setelah
sampai di hadapan pintu, Makcik Leha terus mengangkat beg sekolah Siti. Pada
waktu itu ibu dan ayah Siti belum pulang pada setiap hari, ibunya akan pulang
pada pukul 5.30 petang dan bapanya pula pada pukul 9.00 malam. Ibu dan ayah
Siti selalu memanjakannya kerana Siti adalah anak tunggalnya. Setelah pulang
dari sekolah, dia terus mengganti baju dan menonton televisyen. Itulah tabiat
buruk Siti, dia tidak pernah mengulang kaji pelajaran. Dia juga langsung tidak
memikirkan peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Dia juga selalu bermain tanpa
menghiraukan masa yang ditetapkan oleh ibunya untuk belajar.
Puan Asyikin selalu
juga menasihatkan Siti agar rajin belajar supaya dia akan menjadi lebih cerdik.
Tetapi nasihat itu bagaikan mencurah air ke daun keladi, Siti langsung tidak
menghiraukan nasihat itu malah makin bertambah malas perangainya. Puan Asyikin
dan Encik Amran juga sudah pening dibuatnya.Setelah satu minggu berlalu, Cikgu
Maimunah akan memberikan kertas ujian Matamatik yang diadakan pada minggu lepas
pada hari ini. Dengan markah tertinggi iaitu 80 diperolehi oleh Ayuni, 77 seri
oleh Masliyana dan Tasya dan seterusnya hinggalah yang terakhir 0 diperolehi
oleh Siti. Cikgu Maimunah dengan suara yang lembut menasihati Siti, “ Siti saya
sudah lama memerhatikan kamu, kamu bagaikan tidak mahu belajar dalam semua
matapelajaran. Bukan cikgu tidak tahu, ramai guru yang memberitahu cikgu
perangai kamu. Cikgu bukan nak marahkan kamu, cuma nak beri nasihat sedikit
yang kamu harus belajar bersungguh-sungguh kerana lagi 1 tahun sahaja kamu akan
menghadapi UPSR. Ibubapa kamu bersusah payah membayar yuran sekolah kamu.”
Setelah pulang kerumah, Siti memikirkan apa yang dicakapkan
oleh Cikgu Maimunah tadi. Dia merasa menyesal kerana selalu bermain dan tidak
menghiraukan pelajarannya. Dia mula menyemak buku teks Matematik dan Bahasa
Malaysia. Sejak hari itu Siti tidak lagi bermain ketika cikgu sedang
mengajar.Dia mula memberi tumpuan didalam kelas. Dia juga tidak lagi berkawan
rapat dengan rakannya seperti Nur Hanis. Dia telah berubah hati dan mula
berkawan dengan Tasha, Ayuni dan Masliyana. Hari berganti hari, prestasi Siti
semakin meningkat. Cikgu Maimunah berasa kagum dengan Siti. Kini sudah setahun
dia di kelas 5 Angerik. Dia akan dimasukkan ke dalam kelas 6 Mawar iaitu kelas
kedua yang terpandai bersama kawan baiknya kerana markah kertas peperiksaannya
memuaskan. Siti juga mula berminat untuk memasuki kelas tusyien. Prestasinya
juga semakin meningkat dia mula mendapat A dalam pelajaran Matematik dan Bahasa
Melayu dan B dalam pelajaran Sain dan Bahasa Inggeris.
0 comments:
Post a Comment