Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap; nyamuk mengalami
empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, pupa,
larva dan nyamuk dewasa. Kitar hidup lengkapnyamuk mengambil masa sebulan.
(‘Mosquitoes undergo complete metamorphosis; they go through
four distinct stages of development during a lifetime. The four stages are egg,
pupa, larva, and adult. The full life-cycle of a mosquito takes about a
month.’)
Telur ; Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur
sekelompok ('kelompok telur berbentuk rakit’) telur yang mengandungi 40 hingga
400 telur halus yang berwarna putih yang terapung pada permukaan air bertakung
atau air yang mengalir amat perlahan.
(‘Eggs: After drinking blood, adult females lay a raft of 40
to 400 tiny white eggs in standing water or very slow-moving water.’)
Larva : Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas
menghasilkan larva (atau dipanggil jentik – jentik) yang mana ia bernafas
melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahagian kecil
bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk
sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka; selepas pembentukan keempat, ia
dipanggil sebagai pupa.
(‘Larvae: Within a week, the eggs hatch into larvae
(sometimes called wrigglers) that breathe air through tubes which they poke
above the surface of the water. Larvae eat bits of floating organic matter and
each other. Larvae molt/mould four times as they grow; after the fourth molt,
they are called pupae.’)
Pupa : Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air,
bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk (dipanggil sifon) yang
terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.
(‘Pupae: Pupae (also called tumblers) also live near the
surface of the water, breathing through two horn-like tubes (called siphons) on
their back. Pupae do not eat.’)
Nyamuk dewasa : Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila
kulitterbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa
minggu sahaja.
(‘Adult: An adult emerges from a pupa when the skin splits
after a few days. The adult lives for only a few weeks.’)
0 comments:
Post a Comment