Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang
pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki
dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api.
Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok
untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak
dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit
mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak
besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia
berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak
kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis
sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak
terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan
si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua...
kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati
benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi
menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang
tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam
sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa
kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa
"..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak
emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan
timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan
kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa.
Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak
besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya
kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut
kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut
dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke
rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut
bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...
0 comments:
Post a Comment