“Esok semua orang mesti datang ke
makmal bersama seekor katak setiap seorang.” Pesan Cikgu Aliya Qistina, sebelum
meninggalkan kelas pada hari itu.
Sudah hampir lima tahun Cikgu Aliya
Qistina mengajar mata pelajaran biologi. Dia gemar memakai kasut bertumit
tinggi. Bunyi kasutnya itu adalah isyarat dia sudah hampir tiba ke kelas.
Ini memudahkan para pelajarnya kembali ke tempat duduk masing-masing sebelum
dia tiba di kelas.
“Malam ini kita aka nada tugasan manarik,” kata Afiq kepada Nurul.
“Menarik?” kata Nurul sambil membeliakkan matanya kepada Afiq.
“Tidak geli katak?” Afiq sengaja menduga Nurul.
“Tidak, saya sayang katak. Buat pengetahuan saudara,katak adalah binatang
peliharaan saya di rumah,” terang Nurul lagi dan terus meninggalkan Afiq
terpinga-pinga seorang diri.
“Betulkah? Buktikan pada saya malam ini,” Afiq menjerit ke arah Nurul yang
sudah jauh meninggalkannya.
“Habislah saya,” kata Nurul kepada Atiqah yang bersama dengannya
waktu itu.
“Mengapa kata begitu kepada Afiq tadi?” tanya Atiqah.
“Geram dengannya,” jawab Nurul.
“Jangan risau, saya tolong saudari malam ini.”
Tepat jam lapan malam keluarlah mereka beramai-ramai menjalankan operasi
mencari katak bagi dijadikan bahan eksperimen kelas biologi pada keesokkan
paginya.
“Sudah dapat katak?” soal Afiq kepada Nurul sambail menayangkan katak yang
sudah berjaya ditangkapnya.
“Jangan sibuklah!” marah Nurul
“Jangan sombong, nanti ada orang duduk luar makmal esok kerana tidak membawa
katak,” perli Afiq.
“Ke tepi!” marah Nurul lagi sambil membaling rumput ke muka Afiq.
Afiq terus mengejar Nurul sambil menakut-nakutkannya dengan katak yang berada
di dalam beg plastiknya.
“Janganlah!” jerit Nurul.
“Kata binatang peliharaan, mengapa perlu takut?” perli Afiq memulangkan paku
buah keras kepada Nurul.
“Ambil ini, saya tahu saudari takut,” kata Afiq sambil menghulurkan katak itu
kepada Nurul.
“Saya boleh tangkap sendiri, tidak payah sibuk,” kata Nurul tidak mahu
mengalah.
“Jangan jual mahal kerana sekarang sudah lewat malam,” Atiqah cuba memujuk
Nurul. Akhirnya Nurul akur memandangkan dia seorang sahaja pelajar perempuan
yang tidak dapat menangkap katak lagi.
“Sewaktu eksperimen esok, ingat-ingatlah pada saya,” Afiq memberi peringatan.
“Buang masa,” jawab Nurul sambil mencebikkan bibir ke arah Afiq.
“Saya ambil balik katak, baru tahu,” ugut Afiq.
“Buruk siku,” ejek Nurul.
Begitulah keadaan mereka setiap hari bagaikan anjing dengan kucing yang pantang
bertemu ada sahaja perkara yang dapat digaduhkan.
“Jangan selalu bergaduh, nanti lain jadinya,” nasihat Atiqah kepada Nurul
sewaktu mereka sedang berjalan ke asrama.
“Mustahil,” jawab Nurul sambil memuncungkan mulut.
“Baik, kita tunggu dan lihat sahaja nanti,” usik Atiqah lagi.
*****
Pada keesokkan harinya setiap
tingkap tergantung beberapa beg plastik berisi katak. Pelbagai saiz dapat
dilihat. Cikgu Qistina tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya apabila
melihat semua pelajar beratur ke makmal dengan membimbit beg plastik berisi
katak.
“Letak semua katak di atas meja,” arah
Cikgu Qistina.
“Mengapa katak saudari kecil?” Cigu Qistina sengaja mengusik
Nurul yang sedang asyik membelek-belek beg plastiknya yang berisi katak itu.
“Dia tak beri kataknya makan,” sampuk Afiq sambil mengenyitkan mata kea rah
Nurul.
“Dia pun apa kurangnya, katak dia juga seperti tidak cukup nutrient sahaja,”
Cikgu Qistina sengaja mengenakan Afiq pula.
Nurul ketawa terkekeh-kekeh apabila Afiq pula
yang terkena.
“Katak saya berpuasa sejak malam tadi. Oleh itu, saya tidak memberinya
minum ataupun makan apa-apa,” jawab Afiq pantas.
“Ada-ada sahaja,” balas Cikgu Qistina sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Mereka semua melakukan eksperimen dengan sebaiknya walaupun ada antara mereka
takut dan geli dengan katak. Namun, tiada seorang pelajar yang berani menjerit
kerana sudah diberi amaran oleh Cikgu Qistina jika ada seorang yang menjerit,
eksperimen pada hari itu dibatalkan begitu sahaja dan ini bermakna mereka perlu
menangkap katak yang baru.
0 comments:
Post a Comment