Selamat Tahun Baru Cina


Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang , warga SK St Francis mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" kepada semua guru dan pelajar kaum cina di sekolah ini. Semoga perayaan pada tahun ini akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat semua,

Asal Usul dan Adat Resam Tahun Baru China



1 bulan pertama Imlek setiap tahun ialah hari raya tradisional orang Cina, iaitu tahun baru Cina. Tahun baru Cina yang juga dipanggil “Guonian” ialah hari kebesaran yang paling meriah dan penting di negeri China sudah sekian lama.

Di kalangan rakyat China, banyak terdapat riwayat tentang asal usul Tahun Baru Cina. Salah satunya ialah, pada zaman purba, terdapat sejenis binatang galak yang bernama “Nian”. Pada malam terakhir setiap tahun, ia pergi ke setiap kampung dan keluarga, untuk makan manusia. Pada suatu malam, “Nian” pergi ke sebuah kampung untuk makan manusia lagi, tetapi kebetulan terdapat dua orang kanak-kanak yang sedang bermain cambuk, dan mengeluarkan bunyi yang menakjubkan. “Nian” setelah terdengar bunyi itu, sangat terkejut dan melarikan diri. Ia pergi ke sebuah kampung lagi, dan melihat sehelai baju merah yang digantung di depan pintu sebuah rumah. Ia berasa pelik dengan baju merah itu, dan secara kelam-kabut melarikan diri. Kemudian ia pergi ke sebuah kampung lagi dan melihat ke dalam sebuah rumah , dan dalam rumah itu sangat terang, lalu “Nian” terus melarikan diri lagi. Sejak waktu itu, orang sudah tahu “Nian” takut pada bunyi, warna merah dan cahaya yang terang, dan telah mendapat banyak cara untuk menangkisnya, misalnya menyalakan mercun, menempel kuplet dan memasang lampu, dan ini secara beransur-ansur menjadi adat resam tahun baru Cina.

Kegiatan merayakan Tahun Baru Cina bermula sejak 23 bulan ke-12 tahun Imlek dan sampai 15 bulan pertama tahun kemudian, iaitu pesta Capgohme, selama hampir sebulan. Dalam tempoh itu, terdapat banyak jenis kegiatan bagi merayakannya, termasuk dalam kehidupan harian, istiadat dan hiburan.

Semasa masuk ke bulan 12 tahun Imlek, orang Cina sudah mulai menyapu rumah secara besar-besaran. Namun semasa malam terakhir tahun itu, selepas makan malam sehingga keesokan harinya, menyapu lantai adalah pantang kerana orang Cina menganggap kalau siapa yang menyapu lantai pada waktu itu, dialah mengalami kerugian duit.

Sempena merayakan Tahun Baru Cina, tidak kita di China utara di China selatan, orang Cina sangat mementingkan makanan. Pada malam terakhir setiap tahun, mereka harus makan dan minum bersama-sama, dan makanan juga bermacam-macam, tetapi lauk ikan amat penting dan tak boleh dikurangkan. Di China utara, pada malam itu, mereka harus makan Jiaozi atau Dumpling, semoga bahagia dan kehidupan serba lancar pada tahun yang tahun. Di China selatan pula, mereka harus makan kuih tahun baru supaya kehidupan makin tahun makin bahagia.

Dalam tempoh merayakan tahun baru Cina, orang Cina suka menempel dan menggantung kertas merah atau barang perhiasan bertuah di depan pintu, halaman, bilik tidur, dinding, jendela dan perabot supaya suasana menjadi meriah. Ini adalah istiadat menempel kuplet, dewa pintu, lukisan tahun baru demikian untuk menunjukkan orang berdoa supaya serba lancar, panjang umur dan hidup bahagia.

Bagi kegiatan hiburan pula, orang Cina sangat kaya dengan perayaan tahun baru Cina, seperti memasang bunga api merupakan yang sangat popular, teka-teki, mengunjungi pesta di kuil-kuil dan menikmati kecantikan lampu bermain tanglong. Kegiatan tersebut biasanya dimulakan sebelum malam tahun baru dan sampai ke kemuncaknya iaitu pesta Capgohme.

Istiadat dalam tempoh Tahun Baru Cina juga banyak. Yang sangat popular ialah saling menghadiahkan kad tahun baru, memberi angbao dan mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina”. Pada malam terakhir setiap tahun, selepas makan malam bersama-sama, generasi muda mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada generasi tua, dan generasi tua memberi angbao kepada kanak-kanak. Pada 1 bulan pertama tahun Cina, orang memakai baju yang mewah dan cantik, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua, kemudian menziarahi saudara mara dan kawan-kawan serta saling mengucapkan “Selamat Tahun Baru”. Pada waktu itu, suasana hari raya sangat meriah dan harmoni.

Peribahasa Melayu Lama


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Apakah itu Frog VLE?




  

Ia menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

 

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Pantun Nasihat

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

 Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang

Puisi Melayu Lama


1.  PANTUN

Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi

a. Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan  kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu


Ciri-ciri kelebihan pantun
a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.  Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun

a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

2. SYAIR

Definisi
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.  Keempat-empat baris itu  pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.


1. ciri-ciri bentuk Syair
a. Merupakan puisi terikat.
b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut
c. Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
d. Sukukata :  Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris
e. Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a


3. GURINDAM

1. Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.  Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
c. Perkataan :  jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

4. SELOKA

1. ciri-ciri bentuk
a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
e. Rima :  Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.

Asal Usul Nama Sitiawan


Cerita asal-usul ini diambil dari cerita rakyat negeri Perak yang bertajuk Gajah yang Setia. Bila membaca cerita ini kita akan mendapat pengajaran bahawa binatang pun sayang sesama binatang, jadi apa tah lagi kita manusia yang mempunyai akal dan fikiran. Sudah semestinya perasaan tersebut ada dan perlu untuk kesejahteraan hidup kita sehari-hari.

Kononnya, ada 2 ekor gajah yg bersahabat baik. Seekor betina dan seekor lagi jantan. Ke mana-mana mereka bersama. Pada suatu hari, gajah jantan jatuh sakit. Apabila gajah betina mendapat tahu gajah jantan sakit, ia berasa sangat sedih.

Ia segera mendapatkan gajah jantan."Wahai gajah betina, pada hari ini saya tidak dapat bersama-sama kamu mencari makanan," kata gajah jantan."Wahai gajah jantan, janganlah kamu berkata demikian. saya akan mencari makanan untuk kamu," kata gajah betina."Kamu sungguh baik hati," kata gajah jantan dengan terharu."Kamu juga baik hati dengan saya. Dahulu semasa kaki saya terpijak duri, kamulah yang mengubatkan kaki saya," kata gajah betina.

Sejak hari itu, gajah betinalah yang mencari makanan untuk gajah jantan. Hari demi hari berlalu, penyakit gajah jantan semakin tenat."Wahai gajah betina, saya rasa saya akan meninggalkan kamu buat selama-lamanya," kata gajah jantan."Janganlah berkata demikian, wahai gajah jantan. Kamu akan sembuh," kata gajah betina.

Selang beberapa hari kemudian, gajah jantan pun mati. Gajah betina sangat sedih. Berhari-hari gajah betina tidak makan dan minum. Ia duduk di sisi gajah jantan yang sudah mati itu. Disebabkan gajah betina tidak makan dan minum, akhirnya ia jatuh sakit. Setelah beberapa hari sakit, maka pada suatu hari, gajah betina pun mati. Ia mati di sisi sahabatnya, gajah jantan.

Begitulah kisah setiakawan dua ekor gajah yang tidak mahu berpisah sehingga akhir hayat. Pada awalnya penduduk tempatan menyebut tempat tersebut sebagai "SETIAKAWAN". Akhirnya sebutan "SETIAKAWAN" menjadi "SITIAWAN"

7 Benda Ajaib Di Dunia

7 benda ajaib didunia, sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini. Tetapi apakah ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut? Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut. Namun bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.

1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.


2) Piramid Giza: keajaiban dari bangsa mesir kuno. Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.

3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz

4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa

5) Angkor Watt di Kemboja

6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu

7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.


menara pisa italia taj mahal india tembok cina menara eiffel

Kepentingan Hutan



Hutan merupakan anugerah daripada Tuhan. Anugerah ini memang tidak ternilai kepada kita. Oleh sebab itu, alam ini wajar dipelihara sebelum terlambat kerana “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

 Hutan sangat penting kepada kehidupan kita. Antaranya, hutan dapat dijadikan kawasan tadahan air hujan. Kita semua menggunakan air dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti mencuci, memasak dan lain-lain. Oleh sebab itu, hutan menjadi nadi kehidupan kepada penduduk bumi.

Selain itu, Hutan berfungsi sebagai habitat kepada pelbagai flora dan fauna.Hutan dapat menyelamatkan flora dan fauna kerana kepupusan flora dan fauna berkait rapat dengan hutan. Ini secara tidak langsung mengekalkan kesimbangan ekosistem.

Sementara itu, hutan juga memainkan peranan sebagai pengawal pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana pencemaran dan sikap manusia yang tidak cinta akan alam sekitar. Oleh hal yang demikian, tahap kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas.

Hutan merupakan sumber rezeki, terutamanya Orang Asli. Oleh itu, hasil hutan seperti herba, rotan, kayu balak dan ubat-ubatan dapat terus dicari dengan kewujudan hutan. Amalan perubatan tradisional juga dapat diperkembangkan jika hutan dijaga dengan baik.

 Kesimpulannya, hutan wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap penduduk bumi. Hutan dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita dengan hutan yang malar hijau. Oleh itu, kawasan hutan mestilah diperluas dan dipulihara demi masa depan semua.