Read some really neat facts about the planets in our solar system!
√ Note: The fast facts on this page are appropriate for grades 1 to 3
while the "more about" links are appropriate for grades 4+.
I've listed them in order from closest to furthest from the sun:
» Mercury
» Venus
» Earth
» Mars
» Ceres (dwarf planet found in the asteroid belt)
» Jupiter
» Saturn
» Uranus
» Neptune
» Pluto (Note: Pluto is considered a dwarf planet now)
» Eris, Makemake, Haumea, Sedna (also dwarf planets - found past Pluto)
● Mercury takes 59 days to make a rotation but only 88 days to circle
the Sun. That means that there are fewer than 2 days in a year! Many
astronomers believe that Mercury might be the core of what was once a
much larger planet - it appears to be a huge ball of iron covered by a
thin layer of rock.
● Venus is the brightest planet in our sky
and can sometimes be seen with the naked eye if you know where to look.
It is the solar system's brightest planet - yellow clouds of sulfuric
acid reflect the sun's light brightly.
● Earth has more exposed water than land. Three quarters of the Earth is covered by water!
● Mars is the home of "Olympus Mons", the largest volcano found in the
solar system. It stands about 27 kilometers high with a crater 81
kilometers wide.
● Between Mars and Jupiter, is a Dwarf Planet
known as Ceres. It was discovered in 1801. It is the smallest dwarf
planet discovered in our universe (so far) and is the only one found in
the asteroid belt. A dwarf planet is NOT a planet - the solar system is
made up of:
» a star (the sun),
» planets (ex: jupiter and earth),
» satellites (ex: the moon),
» dwarf planets (ex: Ceres and Pluto), and
» small solar system bodies (ex: asteroids and comets).
● Jupiter is the largest planet in the solar system, but it spins very
quickly on its axis. A day on Jupiter lasts only 9 hours and 55
minutes. Ack, I get dizzy just thinking about it!
Jupiter is
so big that you could fit all the other planets in the solar system
inside it. The red spot of Jupiter is the biggest, most violent storm
in the known universe - that spot is at least three times the size of
earth!
● Saturn is the second biggest planet, but it’s also the
lightest planet. If there was a bathtub big enough to hold Saturn, it
would float in the water!
The ring that surrounds Saturn could be the remnants of a moon that was shattered by Saturn's gravity.
● Uranus’ axis is at a 97 degree angle, meaning that it orbits lying on its side! Talk about a lazy planet.
● Neptune was discovered in 1846. In 2011 it finally made it's first
lap around the sun since we discovered it - to make a complete orbit
around the sun, because one Neptune year lasts 165 Earth years!
Like Jupiter, Neptune has a dark spot caused by a storm. Neptune's
spot is smaller than Jupiter's - it is only about the size of the planet
earth.
● Pluto’s orbit sometimes brings it closer to the Sun
than Neptune. It jumped ahead of Neptune on September 5, 1989 and
remained there until February, 1999 when it went back to being the
farthest.
√ Note: Pluto is no longer considered a planet -
instead, astronomers call it a dwarf planet or planetoid. Whatever the
name, our solar system isn't the neat model we once thought it was. It
takes a bit for grown-ups (like me!) to adapt to the changes in our
understanding (I now understand a bit better how folks felt when someone
started telling them the earth was round not flat!)
● In
January 2005, astronomers in the United States discovered a new body
orbiting the sun in our solar system. They named this planetoid, Eris
after the Greek goddess of strife.
Eris takes approximately 550
earth years to orbit the sun. The majority of the time, it is further
from the sun than Pluto, but for a short time, it is closer.
Eris is actually larger than Pluto (it is the ninth largest object orbitting our sun discovered so far!)
● Makemake and Haumea are dwarf planets just like Pluto, but a little
further out in our solar system. Because their orbits are not perfect
circles, they trade places in terms of which is closer and which is
further from the sun.
Both were discovered in late 2004/early 2005.
Haumea has a squished egg shape - thought to be the result of a collision from an asteroid or meteor at some time.
● In 2004, astronomers in universities in the United States discovered a
new body orbiting the sun in our solar system. They named this
planetoid, Sedna after the Inuit goddess of the Ocean. This is the
furthest orbiting body identified in our solar system to date.
Sedna is about three times further from our sun than Pluto. It takes
between 10,500 and 12,000 earth years for Sedna to make one orbit around
the sun (we haven't quite figured out exactly how long it takes).
√ Note: This section last updated in January 2013. Our understanding
of our solar system is always being updated due to new technologies and
new discoveries!
Kisah Beruk Tunggal
Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing
sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat
sayang kepada Puteri Bongsu.
Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.
Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.
Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.
“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.
“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.
“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.
“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.
Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.
“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.
Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.
Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.
Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.
Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.
“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan.
Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.
Pengajaran:
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin Said. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tugu Negara
Tahukah anda bahawa reka bentuk tugu negara hampir menyerupai atau lebih tepat adalah kembar kepada USMC War Memorial di Arlington, Virginia, United States? Tugu USMC War Memorial juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Iwo Jima.
USMC War Memorial siap dibina pada 1945 manakala Tugu Negara kita pula siap dibina pada 1966. Ini bermakna Tugu Peringatan Iwo Jima ini dibina dahulu sebelum tugu kita. Jadi, siapakah yang diberikan ilham untuk membuat tugu yang hampir serupa untuk negara kita?
Tidak lain tidak bukan, idea tersebut datang dari ilham Perdana Menteri pertama kita yang juga lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Tunku mendapat ilham ketika lawatannya ke Amerika pada Oktober 1960.
Setelah melihat tugu tersebut, Tunku telah bertemu secara peribadi dengan pengukir tugu USMC War Memorial, Felix de Weldon untuk menyatakan hasratnya untuk membuat tugu yang hampir serupa di negara kita. Di atas kerjasama Felix, beliau kemudiaannya telah dianugerahi dengan gelaran 'Tan Sri'. Justeru tidak hairanlah terdapat persamaan antara Tugu Negara kita dan Tugu Iwo Jima kerana sebenarnya adalah dari pengukir yang sama.
Jika Tugu Negara kita mendapat ilham daripada Tugu Peringatan Iwo Jima, maka dari mana pula Tugu Peringatan Iwo Jima mendapat ilham pembinaannya?
Tugu Peringatan Iwo Jima dibina berinspirasikan sebuah gambar foto askar-askar Amerika yang mendirikan bendera mereka, The Stars and Stripes di Gunung Suribachi, Iwo Jima, Jepun. Tugu ini dibuat sempena foto berjudul 'Raising the Flag on Iwo Jima' yang memenangi Anugerah Pulitzer.
_____________________
Artikel: SEJARAH2U
Kisah Pena Ajaib
Tersebutlah sebuah
cerita dongeng, kononnya di negara China pada zaman dahulu ada seorang
budak yang memiliki sebatang pena ajaib. Keluarganya sangat miskin. Ibu
bapanya bekerja sebagai petani menanam padi. Tanah
yang mereka usahakan untuk menanam padi itu sempit sahaja. Tanaman
mereka pula kadang-kadang mengeluarkan hasil yang sedikit. Adakalanya,
tanaman mereka musnah akibat banjir. Namun demikian, mereka tetap tabah
menghadapi kesusahan hidup.
Pada suatu ketika, musim banjir berlaku lagi. Tanaman mereka habis musnah. Meskipun mereka berasa sangat sedih, namun mereka tetap tabahkan hati. Mereka menganggap kejadian itu sebagai takdir daripada Tuhan untuk menguji hidup mereka. Budak itu turut bersedih atas nasib yang dialami oleh ibu bapanya. Pada sebelah petangnya, dia pergi ke ladang itu. Dia ingin cuba mencari, kalau-kalau masih ada padi yang belum rosak. Dia cuba mencari. Alangkah gembira hatinya kerana menemui beberapa tangkai padi yang belum rosak. Tanpa berlengah lagi, dia segera mengambilnya dan membawanya pulang.
"Ibu bapaku tentu gembira kerana padi ini boleh disimpan. Padi ini boleh dijadikan benih," katanya dalam hati.
Di pertengahan jalan, dia terjumpa seorang lelaki tua. Pakaian lelaki tua itu bercompang-camping.
"Orang tua ini tentu sangat miskin," fikirnya dalam hati. "Tolonglah aku!" orang tua itu merayu.
"Apakah yang boleh saya tolong?" dia bertanya kepada orang tua itu.
"Aku sangat lapar. Sudah beberapa hari aku tidak makan," kata orang tua itu.
"Tetapi saya tidak mempunyai makanan," dia memberitahu orang tua itu.
Namun demikian, lelaki tua itu berkata, "Bukankah engkau sedang membawa beberapa tangkai padi?"
"Ya, tetapi saya hendak jadikan padi ini sebagai benih!" dia memberitahu hasratnya.
Lelaki tua terus berkata lagi, "Berikanlah kepadaku. Padi itu boleh kutanak menjadi nasi."
Budak itu berasa kasihan kepada orang tua tersebut. "Baiklah, kalau begitu!" dia terus memberikan padi itu kepada orang tua tersebut.
Orang tua itu mengucapkan terima kasih dan terus pergi dari situ. Selang beberapa lama kemudian, datanglah beberapa orang pengawal raja ke rumah budak itu.
Pengawal itu memberitahu kepada ibu bapanya, "Besok sediakan padi sebanyak sepuluh guni. Ini adalah perintah daripada raja. Jikalau kamu ingkar, kamu akan dijatuhi hukuman pancung."
Takutlah mereka mendengar amaran itu. Mereka tahu raja di negeri itu sangat zalim. Sesiapa yang tidak taat kepada perintahnya akan dihukum mati.
"Tolonglah kami!" bapa budak itu cuba merayu. "Sekarang musim banjir. Tanaman tidak menjadi. Kami tidak mampu menyediakan padi sebanyak itu," bapanya cuba merayu lagi.
Namun pengawal itu berkata dengan keras, "Kami tidak peduli. Kamu mesti patuh kepada perintah raja." Para pengawal itu terus pergi.
Sedihlah hati budak itu. Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi. "Matilah kita sekeluarga kali ini!" kata bapanya.
Malam itu, mereka tidak tidur. Mereka menunggu kedatangan para pengawal untuk menangkap mereka pada waktu pagi. Tetapi pada pagi itu, sebelum para pengawal itu tiba, datang orang tua miskin dahulu ke rumah mereka.
"Wahai budak yang sangat baik hati! Dahulu, kamu pernah menolongku sewaktu aku dalam kesusahan. Sekarang giliranku pula untuk menolongmu. Ambillah pena ajaib ini! Aku hadiahkan kepadamu sebagai balasan atas budi baikmu dahulu," kata orang tua itu.
Lukislah apa sahaja yang kamu mahu," kata orang tua lagi.
Sebaik-baik sahaja selepas berkata demikian, orang tua itu pun terus pergi dari situ. Termenunglah budak itu memikirkan peristiwa itu. Ibu bapanya turut berasa hairan.
Benarkah pena ini ajaib?" bapanya bertanya.
"Entahlah!" kata budak itu.
"Kalau begitu, mengapakah kamu tidak cuba lukiskan sesuatu?" ibunya pula mencelah.
Budak itu pun segera mengambil beberapa helai kertas.
"Saya lapar. Saya teringin makan daging itik," dia cuba melukiskan gambar seekor itik.
"Bapa mahu makan buah limau. Cuba kamu lukiskan sebiji limau," ujar bapa.
"Ibu pula mahukan sepasang pakaian baharu," ibunya memberitahu dengan perasaan malu-malu.
Budak itu melukiskan gambar buah limau dan sepasang pakaian pula. Terkejutlah mereka kerana lukisan itu tiba-tiba sahaja betul-betul bertukar menjadi seekor itik, sebiji limau, dan sepasang pakaian.
"Wah, betul-betul ajaib!" kata mereka dengan perasaan gembira.
Tidak lama selepas itu, datang para pengawal raja ke rumah mereka.
"Sudahkah kamu sediakan sepuluh guni padi?" pengawal itu bersuara keras.
"Belum!" jawab bapa budak itu dengan ketakutan.
"Sekarang aku akan pancung kepala kamu!" kata pengawal itu lagi.
"Tunggu dulu!" budak itu segera menyampuk.
"Tunggu apa lagi?" pengawal itu benar-benar berasa marah.
”Aku akan sediakan sepuluh guni beras yang kamu minta itu," ujar budak itu lagi.
Tanpa berlengah lagi, budak itupun segera melukiskan sepuluh guni beras.
Pengawal itu semakin marah, "Kamu fikir aku ini bodoh? Apa aku boleh buat dengan sepuluh guni beras dalam kertas lukisan ini? Kamu pun harus kupancung juga."
Tetapi lukisan itu kemudiannya betul-betul bertukar menjadi sepuluh guni beras. Terkejutlah para pengawal itu menyaksikan peristiwa tersebut.
"Wah, pena kamu ini betul-betul ajaib!" kata pengawal itu.
Tanpa berlengah lagi, para pengawal itu segera memunggah semua guni beras tersebut. Mereka lalu cepat-cepat pulang ke istana. Mereka memberitahu peristiwa ajaib itu kepada raja. Tercenganglah raja apabila mendengar berita itu.
"Sekarang kamu pergi ke sana semula. Perintahkan budak itu supaya lukiskan seratus guni padi pula untuk beta," titah raja itu.
Para pengawal itu pun segera menunaikan titah tersebut.
"Sekarang raja perintahkan kamu supaya lukiskan seratus guni padi pula. Jika tidak, kamu akan dipancung," pengawal itu mengarahkan demikian.
Tidak lama kemudian, mereka membawa pulang seratus guni padi kepada raja. Tercenganglah raja apabila melihat seratus guni padi itu. Barulah baginda benar-benar percaya bahawa pena yang dimiliki oleh budak itu adalah pena ajaib. Semenjak itu, bahagialah hidup budak itu bersama-sama dengan ibu bapanya. Dengan adanya pena ajaib itu, mereka dapat memiliki apa sahaja yang mereka mahu. Malah, budak itu tidak lupa untuk menolong penduduk kampungnya yang hidup miskin. Budak itu melukiskan pelbagai jenis makanan dan haiwan ternakan untuk penduduk kampung. Setiap hari, berduyun-duyunlah penduduk kampung datang meminta pertolongan daripada budak itu.
Tidak berapa lama kemudian, raja menitahkan budak itu datang ke istananya.
"Beta ingin menyerang sebuah negeri lain. Lukiskan untuk beta seratus ribu orang tentera, seratus ribu senjata, dan seratus ribu ekor kuda," titah raja.
Baiklah, tuanku!" kata budak itu. "Tetapi patik minta tempoh selama sepuluh hari," kata budak itu lagi.
"Mengapakah masanya begitu lama?" raja itu bertanya dengan perasaan marah.
"Jumlah tentera, senjata, dan kuda itu sangat banyak. Patik tidak boleh menyiapkan lukisannya dalam masa satu hari," jawab budak itu.
"Baiklah, kalau begitu!" raja itu bersetuju.
Budak itu pun segera pulang ke rumahnya. Dia memberitahu hal itu kepada ibu bapanya.
"Lukiskanlah semua gambar itu. Kalau tidak, kita akan mati dipancung oleh raja," kata bapanya.
Tetapi budak itu tidak mahu berbuat demikian.
"Mengapa pula kamu enggan melukiskannya?" tanya bapanya.
"Ramai orang akan mati, kalau diserang oleh raja itu," jawab budak itu.
"Kalau begitu, apakah yang harus kita lakukan?" ibunya berasa sangat takut.
"Ya, kita tentu akan mati dipancung oleh raja!" ujar bapanya lagi.
"Kita harus lari dari sini!" jawab budak itu.
"Bagaimanakah caranya kita hendak melarikan diri?" tanya bapanya.
Tanpa berlengah lagi, budak itu pun segera melukiskan gambar sebuah kapal dan laut. Apabila sudah siap dilukis, di hadapan mereka betul-betul terdapat sebuah kapal dan laut. Mereka segera menaiki kapal itu dan terus melarikan diri dari negeri itu. Mereka terselamat daripada raja yang zalim itu.
"Budak itu sudah melarikan diri!" para pengawal memberitahu raja.
Raja itu tersangat marah. Tetapi baginda tidak dapat berbuat apa-apa. Baginda tidak tahu ke manakah budak itu bersama-sama ibu bapanya melarikan diri.

Tips Untuk Ibu Bapa
Pujuk anak buat kerja sekolah
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI
MEMANG memenatkan. Mana tidaknya hampir setiap hari harus mengingatkan anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Yang naik risau kita, bukannya anak-anak. Mereka selagi tidak mendengar leteran atau desakan, tidak akan angkat punggung untuk membuat kerja sekolah.
Lagi memeritkan, kitalah yang harus duduk bersama-sama semasa membuat kerja sekolah sehingga kerja-kerja rumah lain tergendalam. Lagi teruk apabila ibu atau bapa yang menyelesaikannya kerana anak-anak langsung tidak faham atau mengantuk.
Ini adalah antara rungutan-rungutan yang selalu diluahkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.
Kadangkala leteran itu telah menjadi 'lagu merdu' bagi anak-anak dan bukan lagi arahan yang perlu diikuti dan ditakuti.
Ini sebenarnya adalah lumrah hidup kanak-kanak. Mereka sememangnya tidak suka membuat kerja sekolah. Sehubungan itu, tanamkan minat mereka untuk menyukai kerja sekolah.
Selain itu, ibu bapa harus ingat bahawa anda tidak boleh memaksa mereka melakukannya atau belajar.
Begitu juga, menyelesaikan kerja sekolah adalah masalah anak-anak. Justeru, mereka harus menggerakkan pensel mereka. Otak mereka harus berfikir. Punggung mereka harus diletakkan di kerusi.
Ramai ibu bapa beranggapan bahawa kerja sekolah adalah masalah mereka. Jadi mereka mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan seperti menjerit, marah, mengugut atau menarik balik keistimewaan yang diberi. Bagaimanapun kebanyakan taktik ini tidak memberi kesan.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak-anak membuat kerja sekolah. Tugas kita ialah menyediakan struktur dan mewujudkan sistem. Tugas anak ialah menggunakan sistem itu.
Sehubungan itu, terdapat beberapa panduan yang boleh dilakukan bagi memujuk anak membuat kerja rumah.
Wujudkan ruang sesuai untuk membuat kerja sekolah
Antara alasan mengapa anak-anak tidak berminat membuat kerja sekolah ialah tidak cukup peralatan. Kadangkala tidak mempunyai rujukan yang sesuai dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
Justeru, wujudkan satu tempat atau stesen kerja sekolah atau tempat belajar di rumah.
Stesen itu mestilah:
- Jauh daripada ruang televisyen atau tempat permainan video.
- Lengkapkan dengan meja, kerusi atau komputer bergantung pada umur anak.
- Pastikan alat tulis lengkap.
Buat jadual
Dengan jadual ia boleh membentuk tabiat untuk melaksanakan kerja rumah di kalangan anak-anak. Ini sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa.
Sebagai ibu bapa, buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari.
Pastikan bilakah masanya anak mesti melakukan kerja sekolah. Beri kelonggaran kepada mereka untuk menentukan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.
Kadangkala bagi mengelakkan melakukan kerja sekolah, anak akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tugasan pun.
Justeru itu, masa yang telah ditetapkan melakukan kerja rumah haruslah diganti dengan waktu untuk belajar.
Ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu ditetapkan supaya mereka peka. Insya-Allah, selepas beberapa minggu atau bulan, anak anda akan melakukannya sendiri tanpa disuruh.
Bantu menguruskan perancangan kerja sekolah
Bantu anak untuk membuat perancangan menguruskan tugasan sekolah.
Sediakan perancangan harian atau kalendar. Galakkan anak untuk membuat nota tarikh hantaran terakhir atau ujian akan datang dalam kalendar. Bantu mereka membuat jadual dan jelaskan bahawa waktu yang terurus tidak akan membebankan mereka.
Selalu ingatkan mereka. Apabila anak telah biasa menggunakan kalendar dan jadual waktu, mereka akan tahu manfaat dan melakukan kerja sekolah itu sendiri.
Jadikan diri sebagai contoh
Banyak kanak-kanak merasakan melakukan kerja sekolah adalah satu bebanan dan ia dilakukan secara terpaksa kerana arahan ibu bapa.
Akibatnya mereka jadi terganggu apabila tibanya waktu belajar. Untuk atasi masalah ini cuba minimumkan gangguan semasa anak-anak belajar seperti menutup televisyen dan radio.
Ibu bapa perlu gunakan waktu ini melakukan kerja-kerja rumah, uruskan pembayaran bil dan sebagainya.
Dengan ini, anda bukan sahaja meredakan gangguan, tetapi menunjukkan kepada anak bahawa anda juga melakukan 'kerja' di luar waktu kerja anda.
Bina Keyakinan Diri
AYUH BINA #KEYAKINAN #DIRI!
Tidak semua orang dilahirkan dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun, tahukah kamu sebenarnya keyakinan boleh dibina dan digilap? Ayuh bina keyakinan diri bersama REMAJA!
1) Kenal pasti keistimewaan diri
Cuba peka dengan kemahiran yang kamu ada kemudian katakan pada diri sendiri. Contohnya seperti “aku memang minat dan pandai memasak, jadi apa sahaja yang berkaitan dengan dapur aku tahu”. Jika kamu kerap melakukan seperti ini lama kelamaan kamu mempunyai satu keberanian dan keyakinan terhadap diri kamu sendiri.
2) Pasang azam untuk kejayaan
Mula pasang azam untuk sesuatu kejayaan kerana keyakinan diri juga boleh dijana daripada sesuatu kejayaan selain daripada memotivasikan diri.
3) Buat sesuatu yang kamu suka & selesa
Bila kamu lakukan sesuatu atas dasar suka dan ikhlas, pasti kamu tidak akan teragak-agak dan secara tidak langsung pasti keyakinan itu akan muncul!
4) Sebut pekara positive
Elakan daripada berkata sesuatu yang negatif atau mampu menjatuhkan emosi kamu. Cuba yakinkan diri dengan pekara-pekara yang positif seperti “Aku tau aku mesti boleh buat!”.
5) Percaya pada diri sendiri
Pokok pangkalnya, walaupun kamu senaraikan 10 kebaikan dan kelebihan yang kamu ada tetapi jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri tiada gunanya. Oleh itu, belajar mempercayai diri sendiri dan kemampuan yang kamu ada.
_____________________
Sumber: Remaja

Meniru Untuk Berjaya?
MENIRU UNTUK #BERJAYA
Semua orang nak berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik untuk berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara orang yang telah berjaya.
Bayangkan, kalau kita lihat seorang tukang masak berjaya memasak seperiuk pengat durian, kita juga tentu boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita tiru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh tukang masak itu. Kalau dia letak 250g gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2 biji durian, kita guna 2 biji durian juga. Jadi, agak mustahil kalau kita tidak mendapat hasil yang sama.
Nak berjaya dalam pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar. Jangan tiru jawapan mereka semasa peperiksaan pula!
Tiru cara mereka fokus kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka untuk berjaya. Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk mencapai kejayaan?

Tip Belajar
#TIP #BELAJAR: BUKAN ASAL BACA, MESTI ADA STRATEGI
Oleh: Editorial Remaja
Nak baca buku mestilah ada strategi. Jika tidak , tentu kamu sukar untuk memahami isi kandungan buku tersebut . Kamu tentu pernah mengalami situasi di mana bertimbun-timbun buku yang kamu baca , namun satu pun kamu tidak faham . Jadi, jom ikuti tip daripada REMAJA agar kamu mudah memahami apa yang dibaca dan informasinya diingat selalu .
√ Tanam Semangat
Mulakan membaca dengan penuh bersemangat dan jangan malas. Tanamkan semangat dalam diri untuk memahami apa yang kamu baca. Jangan hanya berangan-angan akhirnya buku ditinggalkan tanpa dibaca. Walaupun buku yang dibaca itu agak bosan, tanamkan tujuan kamu membaca untuk berjaya dalam peperiksaan.
√ Baca Perlahan-Lahan
Mulakan membaca keseluruhan buku secara perlahan. Jangan terkejar-kejar untuk menghabiskan sebuah buku tanpa pemahaman yang betul. Perlahankan suara ketika membaca dan jangan membaca dengan kuat kerana otak kamu tidak dapat menyerap bunyi yang bising. Selain mengganggu orang lain, ia juga akan melambatkan proses pembacaan kamu.
√ Gunakan Pen
Mata kita kebiasaannya akan lebih fokus kepada apa yang ditunjukkan. Jika kita membaca buku, mata akan terarah kepada tulisan yang dibaca. Jika kita hilang fokus, tentu bacaan tadi akan melompat-lompat ke sana-sini. Oleh itu, gunakan pen atau penunjuk ketika membaca agar mata sentiasa terarah kepada apa yang dibaca agar kamu mudah memahaminya.
√ Peta Minda
Tentu kamu cepat bosan apabila membaca buku yang tebal dan panjang isi kandungannya. Lebih merugikan jika apa yang kamu baca langsung tidak diingatkan dan difahami. Bagi mengelak perkara sebegini berlaku, cipta peta minda yang mudah untuk kamu. Gunakan pensel warna agar peta minda kamu nampak cantik dan menarik minat.
√ Buat Latihan
Setelah membaca, cuba kemampuan diri kamu dengan membuat latihan. Kebiasaannya, otak kita akan mudah mengingati selepas kita membaca. "Practice makes perfect", jadi sentiasa lakukan ulang kaji dan membuat latihan setelah membaca buku tersebut.

Tips Membuat Nota
Perkongsian hebat!
Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% .Antara kelebihan membuat nota ialah:·
• Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan.· Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.·
• Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.·
• Memudahkan proses mengingat.Berikut adalah senarai langkah-langkah membuat nota yang baik· Membaca teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.·
• Mendapat kefahaman yang menyeluruh.· Nota yag dibuat mestilah mengikut teks dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil , bahagian-bahagian , pendapat-pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini perlu dihafal.·
• Menggabungkan syarahan pensyarah dan teks.·
• Membuat rujukan ketika perlu.·
• Gunakan buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan garisan-garisan berjalur.·
• Pastikan tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.· Gunakan teknik menggaris kata kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika perlu.
• Nota yang dibuat hendaklah ringkas dan padat.
PERINGATAN
Pelajar perlu bijak mengolah dan memanjangkan nota ini ketika peperiksaan. Di sini letaknya peranan kebolehan kita mengarang dengan baik dan peranan kefahaman yang jelas. Tanpa kefahaman dan kebolehan mengarang , bagaimanakah kita akan mendapat markah yang baik. Kerap kali pelajar yang bergantung kepada nota menjadi kaku di dewan peperiksaan dan gagal untuk mengingati kembali isi kandungan paelajaran yang dipelajari .Lebih dahsyat lagi , apabila dia hanya bergantung kepada nota tanpa membaca muzakkirat. Semoga pelaja-pelajar boleh mengaplikasikan untuk membuat nota-nota ringkas dan pendek. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. saya juga menggunakan perkara yang sama semasa menuntut di sekolah dan akhirnya keputusannya amat memberangsangkan.
Cara-cara Menjaga Kesihatan
Kamu sedang
berbual-bual dengan seorang kawan kamu. Perkara yang dibualkan adalah tentang
cara-cara menjaga kesihatan badan.Tuliskan dialog antara kamu dengan kawan kamu
itu.
CONTOH KARANGAN:
Arif: Apa khabar Johan? Apa yang sedang awak
buat tu?
Jais: Oh, awak rupanya Arif! Khabar baik. Saya
sedang membaca risalah tentang cara-cara menjaga kesihatan badan.
Arif: Memang bagus risalah yang awak baca tu.
Menjaga kesihatan amat penting kerana badan yang sihat akan menjadikan hidup
kita lebih selesa dan bahagia.
Jais: Untuk menjaga kesihatan, kita perlu makan
makanan yang seimbang dan berkhasiat. Janganlah kita mengambil makanan yang
memudaratkan kesihatan seperti makanan yang tidak bertutup, makanan dalam tin,
makanan yang sudah basi, dan makanan ringan.
Arif: Selain menjaga pemakanan, apa lagi yang
perlu dilakukan?
Jais: Selain makan makanan yang berkhasiat,
kita perlu melakukan senaman ringan seperti bersenam dan berjogging serta
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berkebun. Dengan cara
demikian, badan kita akan sihat dan otak akan cergas.
Arif: Bagaimana pula dengan kebersihan diri dan
tempat tinggal kita?
Jais: Kita perlu menjaga kebersihan diri
seperti mandi, memotong rambut dan kuku,serta memakai pakaian yang bersih.
Rumah tempat kita tinggal dan alam sekelilingnya perlu dijaga supaya bersih.
Dengan itu, serangga dan haiwan pembawa penyakit tidak akan membiak.
Arif: Selain perkara-perkara yang telah awak
sebut tadi, saya rasa kita juga perlu menjauhi amalan yang dapat menjejaskan
kesihatan seperti merokok, malas bersenam, dan menyalahgunakan dadah.
Jais: Betul kata awak tu. Awak mesti ingat
bahawa kesihatan tidak boleh dibeli denganwang ringgit. Kita patut mengambil
berat akan kesihatan diri kita.
Arif: Nampaknya banyak pengetahuan yang saya
peroleh pada hari ini. Eh, nampaknya hari dah nak senja ni! Saya pulang
dululah.
Jais: Baiklah. Nanti kita jumpa lagi esok di
sekolah
.Arif: Ya, jumpa lagi esok. Selamat tinggal
Keburukan Makanan Ringan
Semasa di kedai runcit kamu bertemu dengan rakan yang sedang membeli banyak makanan ringan. Kamu menasihatinya tentang bahaya makanan tersebut. Tuliskan perbualan kamu itu.
CONTOH KARANGAN:
Salim: Apa khabar Rosli? Apa yang awak beli tu?
Rosli: Khabar baik. Oh, awak Salim! Saya nak beli
makanan ringan ni.Saya suka makan makanan ringan, rasanya sedap. Awak pula
nak beli apa?
Salim: Saya nak beli tepung gandum kerana mak saya
nak buat kuih.Saya tidak suka makan makanan ringan kerana tidak baik banyak
memakan makanan ringan. Cikgu kata makanan ringan mengandungi banyak bahan
kimia seperti bahan perisa dan bahan pewarna. Manakala kandungan gula dan garam
di dalamnya juga tinggi.
Rosli: Apa akan jadi kalau kita makan terlalu
banyak makanan ringan?
Salim :Ia akan menyebabkan penyakit seperti darah
tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Jika terlalu banyak makan, dalam
jangka masa yang lama kita akan terkena penyakit.
Rosli: Tetapi iklan makanan ringan itu sungguh
menarik. Betul tak?
Salim: Kita jangan terpengaruh dengan iklan-iklan
tersebut. Itu hanya untuk melariskan jualan kerana pengilang hanya pentingkan keuntungan
sahaja dan mereka tidak hiraukan kepentingkan sertakesihatan pengguna.
Rosli: Kalau begitu makanan ringan ni memang tidak
berkhasiat danmembahayakan kesihatan.
Salim: Betul tu.
Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan Manusia
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia
Pegawai Pendidikan Daerah KotaBharu, para guru besar, barisan hakim yang arif
lagi bijak sana, guru-guru dan para hadirin sekalian.Selamat sejahtera saya
ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahanyang
bertajuk “Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Kehidupan Manusia.”
Hadirin yang dihormati sekalian,
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Sains dan Teknologi sangat
penting pada zaman ini. Negarakita sedang menuju ke arah negara maju. Ini
disebabkan semakin maju Sains dan Teknologi negaratersebut maka semakin majulah
negara itu.
Di antara contoh kemajuan Sains dan Teknologi ialah terciptanya
televisyen, telefon, komputer dan peralatan perubatan yang canggih. Peralatan
ini memberi banyak kemudahan kepada manusia.
Pada zaman dahulu kehidupan manusia mundur kerana tiada
Sains dan Teknologi. Manusiaketika itu ketinggalan dalam aspek pendidikan,
perubatan, perindustrian kerana tiada alat yang berteknologi tinggi.
Hadirin sekalian,
Dengan perkembangan Sains, kerja kita menjadi semakin mudah
dan cepat. Semua kerja hariankita dapat dibuat dengan pantas dan betul.
Kecanggihan teknologi menjadikan manusia semakin pintar.
Berdasarkan keterangan itu tadi, saya menyarankan agar
saudara-saudari menggunakan rekaanSains dengan bijak. Akhir kata, sampai di
sinilah syarahan dan saya sudahi dengan ucapan sekian,terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)