Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis. Tuan Guru Besar, guru-guru, dan
rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,
saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang
menyampaikan ucapan dalam majlis ini.
Seperti yang
kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi kami di
sekolah ini. Tidak dapat digambarkan betapa pilunya hati kami untuk
meninggalkan sekolah ini. Maklumlah sudah enam tahun kami belajar di
sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Sepanjang
tempoh tersebut, tentulah banyak ilmu dan pengalaman serta kejayaan
yang kami perolehi. Semua ini adalah hasil kerja keras guru-guru yang
tidak pernah jemu mendidik kami menjadi insan yang cemerlang dalam semua
bidang.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil
peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua guru yang telah banyak membimbing kami. Kami tidak mampu
membalas jasa cikgu. Semoga Allah akan membalasnya.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini juga , kami meminta maaf atas segala
kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang kami belajar
di sekolah ini.Segala yang baik itu akan kami jadikan teladan dan yang
buruk itu kami jadikan sempadan.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita bertemu kembali.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment