Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Sayangilah Alam
Sekitar .’
Alam sekitar yang bersih dan indah perlu dipelihara
untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia. Apakah langkah-langkah yang
perlu diambil untuk memastikan setiap insan menyayanginya?
Hadirin sekalian.
Aktiviti yang boleh menjejaskan flora dan fauna hendaklah dikawal. Hal
ini demikian kerana jika tidak dikawal, akan mengakibatkan
berlakunya bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.
Selain itu, kita juga hendaklah memastikan kebersihan alam sekita
tidak dicemari oleh unsur-unsur yang boleh membawa kemusnahan seperti
sisa-sisa toksik, sampah sarap, dan tumpahan minyak.
Penguatkuasaan undang-undang perlu dijalankan dengan lebih keras. Denda
dan hukuman yang berat perlu dikenakan kepada individu atau kumpulan
yang melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan dan memusnahkan
keindahan alam.
Hadirin sekalian,
Marilah kita
bersama-sama memikul tanggungjawab bagi menentukan dunia yang kita
diami ini terus terpelihara, bersih, dan indah. Jika anda sayang diri
anda, ‘sayangilah alam sekitar!’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment