Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat.
Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan
sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana
masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa
supaya tidak membazir begitu sahaja.
Masa dapat
digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang
bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan
sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat
memberikan kepuasan kepada kita.
Selain itu,
kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk
dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Aktiviti yang
paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan
bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal
dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada
bahan bacaan ini.
Di samping
itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat
kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat
bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan
sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita
juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kesimpulannya,
kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa
begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
0 comments:
Post a Comment