Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita
Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan,
langsat dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana
buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih
berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya
masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim
buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita
tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di
kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa
perlu pergi ke kedai dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan
meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu
negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak
kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah
daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat
menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment