Aku dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba salah seorang rakanku….
Aku dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan
khemah. Tiba-tiba salah seorang rakanku menjerit, “Mastura
pengsan!”….
Aku dan Jamiah tergamam seketika. Kami
meghampiri Mastura. Muka Mastura kelihatan pucat dan tidak bermaya.
Kami segera memapah Mastura dan membawanya ke bawah pokok. Aku
menyuruh Jamiah mengambil kotak ubat yang kami bawa.
Aku pasti Mastura pengsan kerana keletihan. Aku membuka butang
bajunya, sambil mengipas-ngipaskannya. Jamiah mengeluarkan minyak angin
lalu menyapukannya di bahagian kepala dan lehernya. Lima minit berlalu,
namun Mastura masih belum sedar.
Aku dan Jamiah
segera melaporkan hal tersebut kepada Cikgu Zaki yang berada di khemah
utama. Cikgu Zaki mengambil keputusan untuk membawa Mastura ke hospital.
Sampai di hospital , aku memberitahu doktor
mengenai kejadian yang menimpa Mastura. Mastura telah dibawa ke unit
rawatan rapi. Aku berdoa semoga Mastura akan selamat.
Sepuluh minit kemudian, doktor yang merawat Mastura menepuk-nepuk
bahuku sambil menyatakan bahawa Mastura pengsan kerana masalah
pernafasan. Mujurlah dia mendapat pertolongan segera. Aku bersyukur
kerana Mastura selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment