Pagi itu kelas Tahun 6 Bestari menjadi kecoh. Amin telah kehilangan
dompetnya. Sudah puas, sudah jemu Amin dan rakan-rakan sekelasnya
mencari dan mengeledah perut beg rakan-rakan sekelasnya. Namun,
dompetnya yang mengandungi wang RM.50 untuk membeli kasut sukannya masih
belum dijumpai. Amin menuduh Zohdilah yang mengambil dompetnya itu.
“ Memang awaklah yang mengambil dompet saya Zohdi!” kata Amin kepada Zohdi.
Kata-kata Amin itu telah mengejutkan rakan-rakan sekelasnya.
Mereka tidak menyangka Amin sanggup menuduh rakan karibnya itu. Perasaan
marah, sedih, dan geram bermain di hati mereka kepada Amin “Amin, cuba
bawa bertenang, pereksa dahulu kecek dan beg sekolah saya,” kata Zohdi
dengan nada yang kecewa. Air mata mengalir dari kelopak matanya. Zohdi
tidak menyangka rakan karibnya sanggup menuduh dia mencuri.
“Ah, bukti apa lagi! Saya menyimpan dompet itu di dalam beg. Sebelum
masuk ke kelas tadi, saya menyuruh awak bawakan beg ke kelas kerana saya
hendak berjumpa cikgu Saiful. Sudah tentulah awak yang mengambilnya!”
bentak Amin lagi. Amin cuba menghayun buku limanya, tetapi belum sempat
hinggap ke pipi Zohdi dapat di tahan rakan-rakan sekelasnya.
Seminggu berlalu. Hubungan Amin dengan Zohdi yang sebelumnya
seperti belangkas, kini seolah-olah sudah berpatah arang. Walaupun
rakan-rakan sekelas cuba mendamaikan tetapi nampaknya masih tidak
berhasil. Cikgu Saiful, juga telah membuat siasatan sependapat dengan
rakan-rakan Amin sekelas yang Zohdi tidak mencuri dompet itu. Tetapi
Amin tidak percaya.
Pagi itu, Amin mahu segera sampai ke
sekolah. Dalam fikirannya terbayang wajah Zohdi. Amin mahu meminta maaf
daripada Zohdi.” Tetapi mahukah Zohdi Memaafkanku?” bisik hati Amin.
Dompet yang disangkanya hilang rupa-rupanya terjatuh di bawah kati.
“Maafkan aku Zohdi, kerana menuduh awak,” tiba-tiba terpacul
kata-kata itu dari mulut Amin. “Sudahlah Amin, Zohdi, buang yang keruh
ambil yang jernih,” kata cikgu Saiful yang baru melangkah masuk ke
kelas. Murid-murid Tahun 6 Bestari bertepuk tangan apabila Amin dan
Saiful berpelukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Yang last sekali tu . *Amin Dan ZOHDI berpelukan kan ? Bukannya saiful right ?
Post a Comment