Malam itu cuaca agak terang. Bulan
mengambang di awan. Aku berjalan seorang diri menuju ke rumahku. Aku
baru pulang dari kedai kerana membeli gula untuk ibuku.
Semasa
aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terasa angin bertiup lembut. Dari
kejauhan, terdengar bunyi salakan anjing yang memanjang. Aku tidak
menghiraukan keadaan itu. Aku cuba bernyanyi-nyanyi kecil untuk
menghangatkan suasana yang mulai dingin.
Untuk tiba ke rumahku,
aku perlu melalui sebuah rumah usang yang menurut cerita teman-temanku,
berhantu. Aku tidak pernah mempercayai kata-kata mereka itu kerana
sepanjang aku melalui kawasan rumah itu, aku tidak pernah terjumpa
apa-apa. Aku mahu dikenali sebagai anak jantan dan tidak takut
menghadapi sebarang cabaran.
Sebaik-baik sahaja aku melintasi rumah
usang tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Aku agak hairan kerana
cuaca yang tadinya baik, tiba-tiba hujan. Mahu tak mahu, aku terpaksa
berteduh di rumah usang itu. Sebaik-baik sahaja aku melangkahkan kaki di
hadapan rumah itu, tiba-tiba pintu hadapan rumah itu terbuka dengan
sendirinya. Aku agak terkejut, namun aku mencuba memberanikan diriku.
Apabila
aku memandang ke arah pintu tersebut, aku terlihat suatu lembaga yang
sungguh hodoh melambai-lambai ke arahku. Kakiku menjadi kaku. Lembaga
itu kian menghampiriku. Taringnya sungguh panjang. Kakinya tidak
menjejak bumi. Dia seakan-akan hendak mencekikku. Aku pun menjerit
sekuat-kuat hatiku.
Peluhku mengalir keluar dengan banyak.
Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku pun
membuka mata. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku hanya bermimpi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment