Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi, dengan tidak disangka-sangka…
Lengkapkan cerita di atas.
Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu
belakang. Akan tetapi, dengan tidak disangka-sangka ayah terdengar bunyi
pintu dibuka ‘krek……’ . “Siapa di dapur!” ayah bersuara. “Kali ini
nahas aku,” bisik hati kecilku.
Aku terus menuju ke bilik
air. Belum sempat aku membuka pintu, ayah telah tercegat di depanku.
“Zali pergi ke mana tadi? Kenapa tak beritahu ayah dan ibu? Kenapa?!…”
Aku terpaku, terkunci mulutku untuk berkata-kata, membisu seribu bahasa.
Ayah terus berkhutbah. “Lain kali kalau hendak pergi
kemana-mana beritahulah kepada ayah atau ibu. Budak baik patut meminta
kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah supaya tidak menimbulkan
kerisauan kepada orang tua”.
“Ayah dah tahu
segala-galanya, tak payahlah Zali hendak beri alasan lagi. Tadi kawan
ayah telefon, nampak Zali dengan kawan-kawan sedang melepak di
pasaraya”. Ayah terus menyerangku.
Kini giliran ibu pula,
“Zali memang suka membuang masa. Bukankah lebih baik Zali duduk di rumah
mengulangkaji pelajaran, lagipun UPSR sudah hampir benar. Zali ingat,
mudah untuk mendapat 5A? Pergi mandi! Jangan buat lagi”.
Selepas mendengar kata-kata ayah dan ibu, aku pun mengakui kesalahan aku
dan segera meminta maaf kepada ayah dan ibu. Mereka tersenyum lalu
mengusap kepala aku. Kini, aku telah insaf. Aku berjanji tidak akan
melakukan kesalahan seperti itu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment