Berkelah Di Hutan Lipur ( Cerita )



Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.

Pada hari minggu yang lalu, aku, Ravi, dan Kim Leng pergi berkelah di HutanLipur Lata Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak.Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.

Setelah sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang di sebuah pondokyang disediakan. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang yang mandi.

Ravi mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu,ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Ravi dan Kim Leng tidak mempedulikannya. Aku tidak mahu mengikut mereka.

Aku bersendirian mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat ini lebih selamat kerana aku tidak pandai berenang.

Tiba-tiba, aku terdengar suara Ravi menjerit meminta tolong. Aku lihat Ravi sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada seorang pemuda di situ, dia terus terjun dan menyelamatkan Ravi.

Ravi berasa amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas. Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu ... detik hatiku

0 comments: